Pages - Menu

Tuesday 26 March 2013

AHLI ULAMAK KELANTAN TERBUKTI MENJAUHI PAS.



Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS. 

PANAS! Gambar Kekejaman Polis Kepada Wartawan Malaysiakini Tersebar!



Adeeh! Teman tak tahan betul la dengan macai-macai Pakatan Rakyat ni. Kalau tak buat fitnah sehari, tak boleh tak boleh tidur la kot! Kalau kome tengok gambar diatas, sah kome kata Polis tengah mengacu senjata kepada seseorang. 
Seorang macai PR King Jason cuba memfitnah Polis Diraja Malaysia dengan mengubah gambar asal kemudian meletakkan ayat kononnya Polis berlaku kejam terhadap seorang wartawan dari Malaysiakini. Sedangkan gambar asal adalah sesi gurau senda bersama media. Tengok gambar sebenar kat bawah..
Tengok! Tak kan pulak semua orang gelak ketawa sambil senyum-senyum bila diacukan senjata. Adeess! Semua itu hanya senda gurau semata-mata. Itu pun macai-macai nak buat fitnah. Jadi kome kenal la puak-puak macai yang suka mengubahsuai gambar untuk memfitnah..Fitnah tak akan lekang dengan Pakatan Rakyat..
Inilah orang yang sebenar yang dikatakan wartawan Malaysiakini. Nama dia Zulazhar Sheblee Jurugambar The Star cawangan Sarawak hari ini beliau menerima surat penghargaan daripada Polis sempena Hari Polis ke 206 tahun di IPD Kuching. King Jason kantoi menipu..

Kalau kome nak tau siapa Zulazhar ni, kome tengok kat https://www.facebook.com/zulazhar

Monday 25 March 2013

HOT NEWS : Kerajaan Sarawak Timbang Saman ‘The Global Witness’




KUCHING (24 Mac 2013 - Utusan Borneo): Kerajaan Sarawak sedang menjalankan siasatan terperinci sama ada mengambil tindakan undang-undang terhadap ‘The Global Witness’ atas tuduhan liar menerusi penyebaran rakaman video berkaitan penjualan tanah perladangan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Taib yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar berkata, kerajaan sedang dalam proses mengumpul maklumat terperinci dan masih mempertimbangkan sama ada menyaman badan bukan kerajaan yang berpangkalan di London itu.

“Saya masih menjalankan siasatan apa sebenarnya yang berlaku. Saya tidak tahu tahap mana penyiasatan dan tindakan terhadap perkara ini, namun ia jelas menunjukkan mereka tidak berjuang untuk tujuan sebenar.

“Mereka ini hanya menyokong pembangkang, maklumlah pilihan raya sudah dekat… tiada siapa boleh menafikannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serba Guna Kampung Lintang, Petra Jaya di sini, semalam.

Rakaman video menerusi kamera yang disembunyikan menunjukkan dua wanita yang mendakwa diri mereka sepupu Taib membincangkan tentang penjualan 5,000 hektar tanah perladangan milik syarikat mereka.

Ketika diminta mengulas apa tindakan balas kerajaan terhadap tuduhan itu, Taib berkata ia adalah satu dakwaan yang cuba menjatuhkan reputasi beliau.

“Saya telah menjawab dakwaan ini (Selasa lalu), sesiapa sahaja boleh mengatakan bahawa saya mempunyai ejen untuk melakukan sesuatu, tetapi itu tidak bermakna tuduhan ini boleh digunakan terhadap saya, sesiapa sahaja boleh membuat pengakuan itu,” tegasnya.

Pada masa sama, Taib menegaskan bahawa beliau tidak pernah membenarkan sesiapa untuk menjadi perantara dalam penjualan tanah negeri dan lesen pembalakan.

Tambahnya, beliau telah membuat deklarasi umum mengenai perkara itu sejak 1980-an semasa beliau memegang portfolio perhutanan.

“Kita mempunyai sistem di negeri ini dan kita berpegang kepada prosedur dan peraturan (kerajaan),” ujarnya.

Hadir sama Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan tetamu kehormat lain.

NGERI : Pengalaman Ketua Kampung Memindahkan Mayat Pengganas Sulu





PERISTIWA enam pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dibunuh dan diseksa di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 2 Maclalu  tidak mungkin dapat dilupakan oleh seluruh rakyat di negara ini.
Dalam kejadian itu, tiga pengganas militan Sulu juga berjaya ditembak mati.
Namun, disebabkan faktor keselamatan, tiga mayat pengganas tersebut tidak dapat dikeluarkan dalam insiden tersebut.
Memandangkan ia terbiar agak lama, mayat-mayat ketiga-tiga pengganas itu mula membusuk hingga meresahkan penduduk di kampung berkenaan.
Perkara tersebut kemudian disampaikan kepada ketua kampung, Ramlee Saraman.


mayat_3




Walaupun marah dengan pengganas yang terbunuh itu, namun Ramlee sedar sebagai orang Islam, mayat itu harus disempurnakan seperti yang dituntut syarak.


"Memang saya marah dengan yang mati itu, tetapi saya kena rasional dan tak boleh terikut-ikut dengan emosi…yang mati itu seagama dengan saya, saya tak boleh biarkan ia terus di situ, mayat mereka mesti diuruskan, bab dosa dan pahala mereka adalah urusan Allah.


"Lagipun saya faham benar keluh resah penduduk, bayangkan anak-anak mereka menggunakan laluan yang sama untuk ke sekolah, trauma mereka jadinya nanti.


” Bab bau jangan ceritalah, bukan seorang, tetapi tiga!,” katanya




Ramlee bersyukur kerana pihak keselamatan memahami keresahan beliau dan penduduk kampung.
Malah, katanya, Ketua Polis Daerah sendiri bersedia menawarkan perlindungan keselamatan kepada beliau dan penduduk kampung sekiranya mereka mengambil keputusan untuk menguruskan mayat-mayat itu.
Menurut Ramlee, beliau kemudiannya bermesyuarat dengan penduduk kampung terutama pihak surau untuk mengangkat mayat-mayat itu dari lokasi kejadian.
Tetapi, katanya, seperti mana pasukan keselamatan, beliau dan penduduk kampung juga merasai kebimbangan yang sama, terutama memikirkan ‘perangkap’ yang mungkin dibuat oleh pengganas -pengganas Sulu yang lain ketika kerja mengangkat mayat itu dilakukan.
Apatah lagi, katanya, bila mengenangkan kemungkinan ada ‘pengkhianat’ di situ yang mungkin hendak membalas dendam terhadap kematian rakan-rakan mereka.
” Saya akhirnya nekad, dengan airmata yang berlinang, saya merayu kepada mereka yang ada di situ agar memberikan kerjasama dan tidak melakukan apa-apa kepada kami yang hendak mengangkat mayat yang terbujur kaku itu.
” Saya kata pada mereka, sebagai orang Islam, adalah menjadi tuntutan kita semua untuk menyelesaikan urusan kematian pengganas-pengganas Sulu ini, kita tidak boleh membiarkan kehadiran mayat-mayat itu menganggu kehidupan kita di kampung ini, ” katanya.
mayat_1

Ketika diminta menceritakan proses mengeluarkan mayat-mayat itu, Ramlee berkata, hanya Allah yang tahu betapa sukarnya mereka untuk berbuat demikian.
Menurutnya, kerja-kerja itu mungkin nampak mudah tetapi keadaan mayat yang mula membusuk telah merumitkan keadaan.
Tambahnya, mereka bimbang sekiranya ia tidak dilakukan secara berhati-hati, akan ada anggota tubuh pengganas ini yang akan ‘lerai’ kerana ia sudah membengkak.



”Selepas mayat itu kami angkat, kami letakkannya di simpang jalan…lalu saya hubungi pihak berkuasa yang kemudiannya membawa mayat-mayat itu ke hospital.
” Saya sempat melihat wajah-wajah mereka, ternyata ia bukan penduduk kampung ini, malah tiada siapa pun mengenali mereka kecuali mayat yang dalam sampan itu, ada penduduk mendakwa pernah melihat dia solat Jumaat di kawasan berhampiran, entah betul entahkan tidak,” katanya.
Dalam pertemuan kami itu, Ramlee turut meminta semua pihak agar tidak terus melabelkan kampungnya sebagai ‘kawasan hitam’ hanya kerana berlakunya insiden tersebut.
Katanya, beliau sedih kerana banyak pihak mula melabelkan kampung mereka sebagai sarang pengganas dan sebagainya.
Jelasnya, insiden tersebut adalah satu perbuatan yang tidak dapat dimaafkan tetapi tidak adil untuk menghukum semua yang ada di situ.
” Kampung ini banyak sejarahnya, ia telah mula dibuka sejak tahun 1939 dan sejak itu, kami semua hidup dalam aman dan harmoni.
”  Benar, ada penduduk yang datang secara haram tetapi perkara begini bukan hanya berlaku di kampung ini…tetapi apa boleh buat, hidup mesti diteruskan.
” Mengenai pandangan banyak pihak yang mahu kampung kami dirobohkan, saya harap kalau ia benar-benar dilaksanakan, kebajikan penghuni perlu diambil kira, kami ini kebanyakannya nelayan, sebab itu rumah kami dibuat di tepi laut…kalau ia dibuat di lokasi yang terlalu jauh, ia sudah tentu menyukarkan keadaan,” jelasnya. – Mynewshub.my

Guan Eng Menggelabah Bila Cina Sendiri Berdemontrasi

PRAI_demo 7



Oleh Zul Rawi
Di saat pakatan pembangkang begitu yakin dan mendabik dada, kononnya pengundi Cina akan tetap menyokong mereka dalam pilihanraya umum -13, tiba-tiba masyarakat dikejutkan dengan laporan himpunan bantahan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang. Dianggarkan sekitar 400 orang yang terdiri daripada belia Cina dan India telah berarak dari Jalan Macalister menuju ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) baru-baru ini.

Ia ekoran dari rasa tidak puas hati terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan gagal menanggani pelbagai isu yang melibatkan kepentingan masyarakat. Antara yang disuarakan ialah kegagalan DAP dalam meningkatkan taraf ekonomi masyarakat Cina kerana lebih tertumpu kepada kroni yang ada kepentingan dan rapat dengan ‘Dinasti Lim’.

Mereka juga mengatakan tidak lagi percaya kepada anak Lim Kit Siang itu yang dikatakan gagal mengotakan janji-janji yang pernah diucapkan ketika kempen pilihan raya umum lalu. Malah mereka juga dikatakan turut membantah pembinaan terowong dasar laut yang ingin dibangunkan kerana merasakan ia merugikan duit rakyat dan bakal mengundang kesesakan yang lebih teruk di bahagian pulau.

Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan kerajaan pimpinannya yang ingin membangunkan terowong dasar laut bernilai 6.3 billion.

Tambah menarik, di masa yang sama turut berlangsungnya satu lagi himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan NGO Islam Pulau Pinang yang mendesak agar Setiausaha DAP itu menarik kembali kenyataannya berhubung pengunaan kalimah Allah di dalam Bible.

Himpunan yang diadakan sejurus selepas solat jumaat itu dikatakan berjaya menghimpunkan sekitar 300 orang yang turut dihadiri oleh ahli dan penyokong dari Pas.

Kumpulan tersebut dilaporkan telah berarak sejauh 1 kilometer itu telah bermula dari Masjid Simpang Enam menuju ke Komtar. Kedua-kedua kumpulan tersebut akhirnya bergabung di dataran Komtar menjadi satu kumpulan yang membawa suara rakyat negeri Pulau Mutiara itu.

Salah seorang peserta yang ditemui berkata, perarakan ini adalah merupakan lanjutan dari himpunan yang diadakan sebelum ini dan sekiranya Guan Eng masih berdegil pihak penganjur akan terus mengadakan himpunan yang sama setiap dua minggu. Ia bagi mendesak dan memberi pengajaran kepada Guan Eng agar tidak celupar terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Menurut sumber pula, pada sebelah pagi satu laporan polis telah dibuat oleh Guan Eng sendiri di IPK Timur Laut bagi mengesa pihak polis mengambil tindakan terhadap penganjur agar membatalkan himpunan dan perarakan tersebut.

Mungkin kerana takut dan panik, telah menyebabkan pimpinan DAP itu terlupa akan Akta Himpunan Aman yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia tidak berapa lama dahulu. Bukankah ia merupakan salah satu tuntutan yang pernah diperjuangan oleh parti sekular itu?

Nampak sangat Guan Eng ini merupakan seorang ahli politik yang ‘double standard’, apabila pakatan pembangkang mengadakan himpunan, mereka akan mendesak agak pihak polis memberikan kebenaran atas nama kebebasan, demokrasi dan hak asasi yang dijami perlembagaan. Namun apabila himpunan tersebut ditujukan kepada mereka, dengan pantas laporan polis dibuat, agar tindakan diambil agar ia segera dibatalkan.

Malah atas ‘arahan’ pihak-pihak tertentu juga, semua pintu masuk ke dalam bangunan tersebut dikatakan telah ditutup. Tidak cukup dengan itu semua perkhidmatan lif dan eskalator turut dimatikan bagi mengelakkan peserta himpunan naik ke tingkat atas yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Rupa-rupanya, mereka yang sebelum ini sering melaungkan slogan kebangkitan rakyat dengan meminta masyarakat turun ke jalanraya untuk menumbangkan kerajaan BN, sebenarnya takut dan gentar apabila berhadapan dengan sitausi yang sama.

Lebih-lebih lagi apabila himpunan yang diadakan itu bertujuan untuk menyuarakan rasa ketidakpuasan hati rakyat terhadap kegagalan kerajaan pakatan di Pulau Pinang.
Syabas dan tahniah kepada rakyat Pulau Pinang yang berani bangkit mempertahankan hak mereka ia sekaligus dapat membuka hati dan minda masyarakat di negara ini yang sering tertipu dengan janji-janji Pakatan.

mykmu

Gambar Rakyat Penang Menentang Projek Mega @cmlimguaneng Yang tidak Mungkin Disiarkan Di Buletin Mutiara








Gambar-gambar di atas tidak mungkin disiarkan di Buletin Mutiara, lidah rasmi Kerajaan DAPig Penang yang menggunakan wang Rakyat. Juga tidak mungkin akan disiarkan di akhbar rasmi DAP Pusat iaitu Roket.  Petang tadi Rakyat Pulau Pinang bangkit berhimpun secara aman di Komtar, Pulau Pinang untuk membantah projek mega yang mahu dilaksanakan oleh Kerajaan DAPig Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Joseph Lim Guan Eng baru-baru ini mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion bagi menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar.
Projek mega yang diumum kerajaan negeri pimpinan DAP itu melibatkan pembinaan empat lebuh raya utama termasuk terowong bawah dasar laut berkenaan. Pembinaan projek itu diserah kepada Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction (dua syarikat ini memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti), Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd yang masing-masing memiliki 10 peratus.
Joseph Lim Guan Eng dilihat seolah-olah begitu terdesak mengumumkan projek itu sedangkan Jambatan Kedua Pulau Pinang masih belum beroperasi dan kesan lalu lintas belum dapat dinilai lagi. Rakyat Pulau Pinang yang berhimpun juga mempersoalkan tindakan Lim menyerahkan tanah tebus guna seluas 44.51 hektar di Tanjung Pinang sebagai bayaran kepada pemaju projek berkenaan kerana nilai tanah semakin meningkat dan mendakwa transaksi seumpama itu hanya memanfaatkan pemaju.

Komando 69 Diterbangkan Untuk Sambutan Hari Polis

Komando 69 Diterbangkan Untuk Sambutan Hari Polis



KUALA LUMPUR – Mereka tidak dapat hadir pada perbarisan Hari Polis esok, tetapi semangat juang lapan anggota polis yang gugur di medan pertempuran dengan pengganas militan di Sabah tetap menyala di kalangan rakan seperjuangan mereka.

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerbangkan khas 93 anggota barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam Operasi Daulat untuk menyertai perbarisan Hari Polis Ke-206 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) esok.

Kumpulan yang terdiri daripada 50 anggota dan 13 pegawai Komando VAT69 dan Jabatan Siasatan Jenayah itu dijangka menyertai perbarisan dengan mengenakan pakaian seragam lengkap semasa operasi di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata kumpulan itu adalah pasukan barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac dan serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna sehari selepas itu.

Pertempuran antara pasukan keselamatan dan militan dari selatan Filipina yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, di Kampung Tanduo mengorbankan dua anggota keselamatan manakala enam anggota polis gugur dalam serangan hendap di perkampungan air di Semporna.

Mereka yang terkorban di Kampung Tanduo ialah ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabarudin Daud, 46, manakala anggota yang gugur di Semporna ialah ACP Ibrahim Lebar, 52, dan Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, DSP Michael Padel, 36, Sjn Mejar Baharin Hamid, 49, Sjn Mejar Abdul Aziz Sakirun, 48, dan Sjn Salam Togiran, 42.

Ramli berkata pada majlis itu tujuh balu dan seorang waris anggota yang terkorban akan mengambil kenaikan pangkat pegawai dan anggota berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam wawancara khas sempena hari polis berkata pasukan keselamatan menunjukkan kesungguhan, komitmen dan kepahlawanan yang tinggi dalam menangani krisis pencerobohan di Sabah.

“Saya sendiri yang berada di barisan hadapan lebih kurang dua minggu dapat melihat berapa beraninya semangat yang ditunjukkan pasukan keselamatan kita demi rakyat di Sabah,” katanya.
Sambutan Hari Polis, yang bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ itu antara lain, akan mengetengahkan revolusi kepolisian negara sejak zaman Kesultanan Melayu hingga kepada usaha pasukan keselamatan itu ke arah perkhidmatan masyarakat bertaraf dunia.

Tiga era perkhidmatan PDRM itu ialah dari zaman Kesultanan Melayu sehingga negara mencapai kemerdekaan; pasukan polis di zaman pasca merdeka sehingga era komunis; dan menuju era kepolisian bertaraf antarabangsa.

Konsep ketiga-tiga era itu akan dipersembahkan dalam perbarisan Hari Polis, merangkumi kelengkapan dan pakaian polis. Turut dipersembahkan pada perbarisan itu ialah pertunjukan pantomin yang akan dipersembahkan mengikut era kepolisian masing-masing.
Pada sambutan kali ini buat pertama kalinya, pasukan polis akan mempersembahkan lagu tema perbarisan sempena sambutan Hari Polis. – Bernama

Sunday 24 March 2013

GEMPAR!!! Salah Seorang Anak Kiram Anggota Polis Di KL??


 


Muhammad Lenggong Bin Kiram.



Anggota Polis Trafik Bahagian Masakan.

Semangat membara bukan boleh dibuat-buat, bukan boleh dilakonkan, ianya satu perasaan yang datang dengan sendiri tanpa dipaksa.

"Hantarlah Saya Ke Lahad Datu Walaupun Hanya Sebagai Tukang Masak"

- Huh... Kebetulan Sahaja....

Tanding Guna Tiket PAS: Umpama Badan Lembu Daging Khinzir



ADA macam-macam pandangan dan pendapat yang dilemparkan berikutan cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor  dengan menggunakan tiket PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Sudah tentu di kalangan bongok-bongok dalam PAS, berita ini disambut dengan sorak gembira kerana kononnya menunjukkan bukti bahawa DAP tunduk di tangan PAS sehingga penasihatnya pun bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.

Sementara di kalangan bongok-bongok DAP pula, keputusan ini menimbulkan persoalan mengenai kekuatan parti tersebut sehingga Kit Siang terpaksa bertanding dengan menggunakan lambang PAS.  Maklumlah, banyak disebut tentang kejayaan parti rasis tersebut dalam memenangi sokongan orang Melayu, tapi kenapa Kit Siang perlu bertanding atas lambang PAS?

Realitinya, orang Melayu waima dalam PAS dan PKR pun tidak boleh terima DAP.  Sebab itu kalau kita lihat bendera-bendera parti politik pembangkang yang bersepah sekarang, jarang yang kita boleh jumpa bendera DAP diletakkan sekali, biasanya hanya bendera PKR dan PAS sahaja, lebih lagi di dalam kawasan majoriti Melayu.

Malah ada kes dimana bendera DAP yang diletakkan pihak-pihak tertentu bersama-sama bendera PKR dan PAS, ditanggalkan tidak sampai 24 jam pun.

Sebab itulah agaknya Kit Siang bercadang memperalatkan PAS untuk bertanding di Gelang Patah dengan menggunakan tiket PAS.

PAS (bukan PKR) dipilih Kit Siang sebab parti ini memang bodoh dan ketandusan pemimpin.  Kita perlu ingat dalam pilihanraya umum 2008, PAS meletakkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti tersebut di Pasir Mas, walaupun tahu Ibrahim Ali tidak akan menyokong parti tersebut jika menang sekalipun!!

Itulah yang dibuat Ibrahim Ali sebaik menang pada 2008, mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas, meninggalkan PAS terkulat-kulat!!  Tapi macam biasalah, PAS masih dengan tak malu mengaku kemenangan itu adalah kemenangan mereka, dan sekarang sampailah giliran Kit Siang pula untuk mengambil kesempatan di atas ‘kecacatan’ PAS itu.

Rakyat diharapkan tidak terpedaya dengan taktik Kit Siang memperkudakan PAS ini.  Takde mananya PAS mengawal DAP sehingga Kit Siang bertanding dengan menggunakan lambang parti tersebut.  Itu gimik dan propa sahaja, bukan fakta yang sebenarnya.

Pembangkang nak kalah ni macam-macamlah taktik pelik-pelik dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.

Mykmu.net

GEMPAR!!!!!!!:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIBUNUH PENGIKUT SENDIRI



PENGGANAS AZUMUIDE: LAPORAN DIBUNUH PENGAWAL NYA SENDIRI
Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. 

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

SALAH PERKIRAAN
Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. 

Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. 

Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. 

Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat.

Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi.

Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen.

Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung.

Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari).

Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya.

Bersambung...

mymassa

EKSKLUSIF LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR



SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN
16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

              - Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

               - Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

               - Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

               - Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

              - Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

             - Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

             - Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.

Bersambung...

Sumber : mymassa

Anwar, Sivarasa, Tian Chua Lu Mana Mau Lari?



Anwar, Sivarasa, Tian Chua Lu Mana Mau Lari?
 Anwar, Sivarasa, Tian Chua lu mana mau lari? Kalau lu orang mau duit ribu-ribu juta lua orang mari saman, tapi bukan saman saya punya blog ekk..!!

Saya hanya 'kopi pasta' - 'kopi tarik' - 'kopi O' ini artikel. Dibawah ini saya senaraikan setiap portal yang mendawa pembabitan anda dengan puak 'sinun' ..ah..ah..ah..!!?


Manila - Philippine Militarry mengesahkan kehadiran Sivarasa dan Tian Chua ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013, iaitu dua hari sebelum pendaratan Pengganas Kiram ke Lahad Datu pada 9Februari 2013.


Media antarabangsa seperti Reuters, Iquirer Manila Times, The Philippine.ABC.CBN, Wikileaks dan Kedutaan Amerika di Manila mengesahkan akan "Pembabitan Individu Pembangkang Malaysia".


Kemudiannya individu pembangkang ini dikenal pasti sebagai Tian Chua, R.Sivarasa dan Bapa Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim. 


 
Anwar, Sivarasa, Tian Chua Lu Mana Mau Lari?Dua hari lepas, Atik Husin dan Holanda mengesahkan di Mahkamah Tawau bahawa mereka dibayar upah dan wang oleh seseorang semasa di Filipina lagi.

Pada 8 Februari 2013 iaitu sehari selepas R.Sivarasa dan Tian Chua bertemu dengan kelompok-kelompok MNLF, dipercayai memberikan sejumlah wang yang besar kepada MNLF untuk mengucar-kacirkan Sabah menjelang Pembubaran Parlimen kononya pada 1 Februari 2013. Begitu juga bapa segala pengkhianat negara Anwar Ibrahim turut bersama-sama berada di Manila bertemu Nur Misuari. 

Ini juga dipantau oleh Philippine Militerry Intelligent dan dilaporkan oleh media-media cetak antarabangsa. Untuk laporan penuh di>> sivarasa tian chua bawa wang ke manila.<<

Psstt..Sekiranya mereka-mereka yang berkenaan ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah diharap jangan ada yang mengatakan ini 'Konspirasi


Sumber : Klik Sini

Saturday 23 March 2013

Tun Mahathir : Lari Dari Permatang Pauh Tanda Anwar Hilang Sokongan


Malang buat haprak pencacai yang menyokong Anwar di Permatang Pauh.Jika benar Anwar mahu keluar dari Permatang Pauh memang selama ini sokongan yang diberi satu kerja yang sia sia.

Khabarnya Anwar mahu berikan kerusi parlimen kepada anak perempuannya. Ini bermakna usaha pimpinan diperingkat cabang Permatang Pauh berjuang siang dan malam langsung tak dihargai. Jika benar sekali pun bukankah ramai lagi calon yang ada selain dari anak Anwar.Malangnya kita harus terima hakikat. PKR adalah parti anak beranak ,nepotisme dan kronisme adalah amalan Anwar sejak beliau merosakkan Umno dari dulu dulu.

Jokes of the day..(1)


Anwar sedar akan kebodohan pengundinya yang taksub,letak china doll jadi calon PKR di Permatang Pauh pun pasti akan menang…

KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mungkin bertanding di Perak pada pilihan raya umum ke-13 ini menunjukkan keyakinan beliau terhadap pengaruhnya di kawasan Permatang Pauh semakin berkurangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia negara bebas dan “Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain.”

“Maksud saya jika beliau mahu lari daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada persidangan ulung Persekutuan Perusahaan Islam Sedunia yang juga Forum Ekonomi Islam Sedunia di sini hari ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu baru-baru ini berkata beliau mungkin bertanding di kawasan parlimen Perak pada pilihan raya akan datang, semasa ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi parlimen Permatang Pauh. – BERNAMA

Pisau kata ” Bang Non nak liwat pun korang kacau..biarlah dah benda tu dia suka..kita sokong sajalah”

ROS Beri Muka Kepada DAP,Tidak Kepada Umno!


Sehingga sekarang ROS masih gagal untuk mengambil tindakan terhadap DAP. Sejak pendedahan cara pemilihan anggota CEC dan beberapa laporan daripada ahli DAP sendiri kepada ROS. Yang kita dengar hanyalah siasatan dijalankan dan yang terbaru pihak ROS beri alasan bahawa pemimpin tertinggi DAP tidak ada masa untuk hadir dan tidak dapat kerjasama.

Apakah ROS takut untuk ambil tindakan dan beri kata dua kepada DAP? Sedangkan parti pemerintah Umno pun pernah diharamkan! Apa istimewanya DAP hingga ROS terlalu berlembut dan masih memberi muka kepada puak haprak ni?

Jika DAP tak beri kerjasama,buat keputusan dan haramkan saja parti DAP.Alasan sibuk yang diberikan Lim Guan Eng memang tak boleh diterima,jika nak kata sibuk..mamak roti canai pun sibuk jugak..
ROS takut buat tindakan atau terlalu banyak menggunakan budi bicara..jika DAP ultrakiasu begitu angkuh untuk tidak melayan ROS apa perlu lagi diberi layanan istimewa!

Datuk Seri Ismail Sabri,mohon  beri perhatian yang serius mengenai kes penipuan pemilihan CEC DAP..!


cec-dap-voting-n30


KUALA LUMPUR 22 Mac – Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi parti itu baru-baru ini ke pejabat ROS untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.
Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.

”Kita telah menghantar notis jemputan memberi keterangan kepada pemimpin DAP tersebut.-utusan.
STG CAKAP... HARAMKAN JE DAP TUH!!!! 

DEDAH! Abby Abadi Kantoi Fitnah Balu Wira Negara #rempuh243 #jomsokongbn



Adeeh! Apa cerita nih! Ustazah Segera PAS Abby Abadi dah kantoi memfitnah balu wira negara.  Tak rasa berdosa ke Abby ooi! Besar dosa memfitnah tu! Kalau Allah nak tunjuk kebenaran, bila-bila masa je boleh tunjuk! Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. 

Cuba Abby jawab skandal RM50,000 kat London tu! Siapa pulak VIP yang dimaksudkan. Jangan jadi munafik la Abby ooi! Berlagak macam ustazah, kain orang diselak terlupa pulak kain sendiri yang koyak!. Harap-harap sesiapa yang berkenaan dedahkan aje perangai Abby Abadi yang munafik ni! Biar satu dunia tau! Biar padan muka! Rasanya Abby ni nak buat perangai macam Anwar, U Ulang, I Saman..Sebab nak tutup malu dan kebenaran. Tapi yang teman tau, kemaluan Abby tak ditutup pun..RM50,000 tu banyak der!! Cukup la kot nak bagi bukak apa yang patut..kahkahkah..

BREAKING NEWS!!! KOMANDO KIRAM III BERJAYA DITAHAN BERSAMA ISTERI DAN "TALIBARUT!!!!!!!!



Operasi awal pagi semalam berjaya menahan Komander Kiram III bersama dengan isterinya..tiada nyawa terkorban..

Yang mengejutkan "Local Coordinator"..talibarut juga turut d tangkap..

Berita lanjut bakal menyusul...Timbalan Ketua Polis Negara, menggesa agar penduduk Felda Kencana Sakti agar pulang ke rumah masing-masing..isyaAllah tiada apa yang perlu d bimbangkan kerana Felda Kencana Sakti da "clear" katanya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...