Pages - Menu

Sunday, 10 November 2013

Setelah 5 Bulan Akhirnya Air Asia minta maaf Kepada Utusan Malaysia



Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia) yang baru dilantik, Datuk Kamarudin Meranun,telah memohon maaf kepada Utusan Melayu (M) Bhd atas sikap dan perilaku Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Rosman Rani pada Mei 2013 lalu.

Pada 7 Mei 2013, portal Mykmu.net mendedahkan sikap kurang ajar Azran Osman yang menulis dalam Facebooknya bahawa Utusan bersikap rasis apabila menerbitkan tajuk akhbar muka depannya hari ini yang berbunyi “Apa Lagi Cina Mahu?”.



Berikutan itu banyak pihak menyelar kenyataan Azran Osman dan mendesak Air Asia meminta maaf. Mykmu sendiri menerbitan 6 artikel bekenaan isu ini:

1.Maybank Pengkhianat Utama Dalam Pemboikotan IPO Air Asia X? 
2. Melayu Yang Beli IPO Air Asia X Adalah Pengkhianat
3. Kemarahan Melayu Belum Reda Terhadap CEO Air Asia X
4. Kenyataan Nazir Bukan Pendirian Najib
5. Siapa Menteri Kabinet Kawan Baik Azran Air Asia X?
6. Air Asia Sudah Hilang Peri Kemanusiaan

Menurut Kamarudin, beliau sendiri telah pun menegur tindakan Azran yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu.

“Secara jujurnya, saya mewakili AirAsia telah pun mengutus surat mohon maaf kepada pengarang Kumpulan Utusan untuk meluahkan rasa hati dan kesal terhadap tindakan Azran yang di luar jangkaan itu,” ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap Azran, katanya, pihaknya masih memberi peluang kepada Azran yang telah pun menyedari mengenai kesilapannya itu.

“Azran sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan dinasihatkan supaya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya,” ujarnya.



Petikan Mykmu.net

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...