Pages - Menu

Saturday 9 November 2013

Laungan Azan : Kerajaan PR Selangor arah siasat surau !!




Shah Alam: Kerajaan negeri akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyiasat isu sebuah surau di Taman Tasik Prima, Puchong didakwa melaungkan azan terlalu kuat sehingga menimbulkan bantahan penduduk.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu berkenaan dijangka dapat diselesaikan secara baik apabila kedua-dua pihak iaitu penduduk dan ahli jawatankuasa surau akan dipanggil untuk mengadakan perbincangan.

 Menurutnya, isu laungan azan ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian antara mana-mana pihak kerana umum sedia maklum negara ini terdiri daripada berbilang kaum serta agama dan ia seharusnya diterima dengan hati terbuka.  

“Dari segi penerimaan (laungan azan) ini adalah sebahagian daripada budaya hidup. Jadi tiada isu yang terlalu besar.

Bagaimanapun, kita (kerajaan negeri) akan dengar rintihan mereka dan dapat mengatasinya dengan usaha bersama.  

“Masyarakat berbilang kaum mesti menghormati budaya dan agama antara satu sama lain. Perkara ini boleh diselesaikan oleh PBT saja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Selangor, di sini, semalam. 

Abdul Khalid juga mengakui setakat ini pihaknya tidak menerima bantahan daripada mana-mana pihak berhubung isu memperlahankan laungan azan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki dilaporkan pergi ke surau berkenaan dalam keadaan marah ketika azan berkumandang di surau berkenaan kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu.

Jemaah yang berada di pekarangan masjid enggan mempedulikannya dan berbincang sesama sendiri pendekatan yang perlu diambil sebelum mereka mengenal pasti lelaki berkenaan dan menunaikan solat Maghrib.


Komen GBP

Mengapa kerajaan PR hanya arahkan disiasat surau bukannya seorang lelaki gila yang memaki hamun dengan kata2 kesat kepada jemaaah di perkarangan masjid ?

Inilah akibatnya mengundi PR..Islam langsung tidak dibela sebaliknya ditekan lagi demi menjaga hati chauvinist.


Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...