Pages - Menu

Thursday 28 February 2013

Majlis Syura Ulama Pas Mahu Ubah Perlembagaan Negara



JERTEH: Majlis Syura Ulama PAS mahu Perlembagaan Malaysia diubah supaya berpaksi kepada Islam sepenuhnya jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya, kata setiausaha badan tertinggi parti itu, Datuk Nik Mohd Zawawi Salleh.

“Jadi sekarang ini, kita nak balik (kepada agama) supaya negara kita beramal dengan Islam secara keseluruhan, dan amalan Islam ini sama sekali tidak bercanggah dengan orang bukan Islam," kata beliau kepada Antarapos.

"(Perlembagaan) .. sebut Islam sebagai agama rasmi, bukan Islam (sebagai) perlembagaan negara. Dia ada beza. Kalau diletakkan Islam dalam perlembagaan negara, maka Islam akan diamalkan secara total.

"Tapi kalau sekadar Islam sebagai agama rasmi, kita lihat sebagaimana hari ini... sembahyang, puasa pun tak ada undang-undang," dakwa beliau.

"Jadi ini (perlembagaan dan undang-undang) adalah satu perkara yang perlu kena buat perubahan,” kata beliau.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menafikan parti itu berhasrat untuk meminda perlembagaan, tetapi hanya mahu memperkasakan Islam di negara ini.

Bagaimanapun kenyataan terbaru daripada Nik Mohd membayangkan perselisihan yang semakin ketara di antara Majlis Syura dan Hadi susulan isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Nik Mohd mendakwa banyak daripada gejala sosial dan kemungkaran di negara ini berpunca daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak memberikan keutamaan kepada Islam.

"Apa yang berlaku dalam negara kita ini, (ialah) sekadar sembahyang itu pun tak ada undang-undang, ada masjid (tapi) semua itu kulit sahaja,” kata beliau.

"Macam mana dengan undang-undang negara? Macam mana dengan undang-undang rasuah? Undang-undang penyalahgunaan macam-macam, tidak ada di mahkamah syariah,” ujar beliau.

Nik Mohd yang juga Ketua Penerangan Ulama PAS Terengganu, mendakwa Perlembagaan Persekutuan tidak menjurus kepada pelaksanaan Islam itu sendiri di dalam perlembagaan negara.

"Tidak ada undang-undang Islam yang menyentuh dasar ekonomi Islam, yang menyentuh dasar pendidikan Islam, keselamatan dalam negara, hubungan diplomatik, cara perdagangan banyak lagi dalam Islam yang ada," kata beliau.

Menurut beliau, dengan meletakkan Islam sebagai asas Perlembagaan Negara, Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai berusaha mencapai keselarian dalam membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP sebelum ini menolak sebarang perubahan kepada kepada Perlembagaan susulan desakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Kedua-dua parti itu juga dilihat enggan mendokong pendirian Majlis Syura yang melarang penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu.

Sebaliknya dua parti itu mendokong pendirian umum Hadi bahawa bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu asalkan tidak menghina Islam.

Setakat ini Hadi belum membawa ketetapan Majlis Syura itu untuk dipertimbangkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat. 

PERSOALANNYA SEKARANG, PERLEMBAGAAN PAS...BILA NAK DIUBAH... TAK KAN TUNGGU BERPULUH TAHUN LAGI, KONFLIK DALAMAN YANG SEMAKIN MERUNCING..BOLEH KAH KITA KATAKAN BEGITU....

Sumber: Antara Pos 

ASLI Ramal BN Terus Berkuasa




Pilihan Raya Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang adalah yang paling sengit dalam sejarah dengan kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR).

Namun demikian, rata-rata kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang disokong oleh senario semasa jelas menunjukkan BN akan kekal berkuasa di samping menawan semula beberapa negeri yang sebelumnya jatuh ke tangan PR.

Terbaru, badan pemikir bukan kerajaan, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) turut meramalkan PRU 13 akan menyaksikan BN kembali menerajui Kerajaan Pusat berikutan kembalinya sokongan kuat majoriti pengundi Melayu Islam ke pangkuan BN.

Hasil kedapatan dari kajian ASLI itu hampir sama dengan laporan kajian oleh Economist Intelligence Unit (EIU), badan pemikir terkenal di London yang baru-baru ini turut meramalkan BN akan muncul sebagai juara dalam PRU 13.

Dalam pada itu, ASLI melalui laporan analisisnya menjangkakan sekurang-kurangnya 123 hingga 135 kerusi Parlimen sudah pasti menjadi milik BN, manakala Kedah dan Selangor juga akan turut dikuasai BN. 

Jika kena gaya percaturannya, angka tersebut akan melonjak mencecah 150 kerusi Parlimen bergantung pada keupayaan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak memikat lebih ramai pengundi India di samping mengembalikan kepercayaan sebahagian besar pengundi Cina yang berada atas pagar untuk mengundi BN.

Di Sarawak juga ASLI menjangkakan parti komponen utama BN Negeri iaitu PBB yang menjadi tonggak Kerajaan Negeri akan meneruskan tradisi menang di semua kerusi yang dipertandingkan, sementara di Sabah pula BN akan terus menjadi Kerajaan Negeri.

Menurut badan pemikir itu lagi senario di Kelantan dan Pulau Pinang masih memihak kepada PR, bagaimana pun Pulau Pinang berkemungkinan masih berpeluang dikuasai BN seandainya UMNO berupaya meraih sokongan mantap dari pengundi Melayu Islam.

Kecuali Kelantan, hampir semua yang dijangkakan oleh ASLI ada banyak persamaan dengan kajian intensif terkini yang dilakukan oleh BN di semua peringkat cuma sedikit sebanyak ada perbezaan dari segi jumlah kerusi yang bakal dimenangi BN di peringkat Parlimen.

Berdasarkan kajian intensif  BN itu, pada PRU 13 nanti BN dijangkakan menang di 160 kerusi Parlimen manakala di Kelantan akan menyaksikan peralihan Kerajaan Negeri dengan jangkaan minima 25 kerusi DUN pasti milik UMNO, manakala PAS pula hanya selesa di 17 kerusi yang lain. Baki 3 kerusi DUN lagi bergantung pada strategi saat akhir kedua-dua pihak.

Wednesday 27 February 2013

Tak sangko Azhar "Ferrari" Idrus bodoh serupo nate




Dalam Sinar harian hari Ahad, Ustaz Azhar Idrus Al Ferrari merah mempertahankan NIk Aziz. Biasalah Sinar Harian yang lebih bersungguh-sungguh mempertahankan pembangkang dalam diserang isu dari melaporkan jawapan pada serangan terhadap BN dan hanya melaporkan saja event pro BN.

Ustaz yang kaya raya sampai boleh pakai Ferrari Merah dengan ceramah dan jual video itu berhujah kepada Harakah dan susah oayah dipetik Sinar harian walhal Harak bukan sumber yang berkredibiliti.

Katnya  Nik Aziz tak kata penerima BR1M seperti haiwan, cuma kata orang yang berikan cuba jadikan orang yang menerima seperti haiwan".

Faham sajalah cara orang yang berdakwah tak beradab menggunakan perkataan 'bodoh dan bengong'. Orang yang tak ada adab dan bijak dan berilmu untuk putarbelit susah nak faham bahawa ada banyak cara lain nak buat andaian.

Andaian sedemikian memberi erti bahawa apa yang tersirat dalam hati nuarinyanya adalah penerima BR1M itu adalah seperti haiwan.

Apa sebenarnya Nik Aziz berkata? Dengari video berikut:



Tak perlu nak komen lagi. Nik Aziz tak cakap seperti yang dikatakan Azhar Ferrari Merah, Ferari Putih, ferrari Kuning ... motor mahal.




Hujah dia tak payah berterima kasih serupo orang tak tahu bersopan santun dan beradab. Komen Hadi tak usah hargai kerana dia hanya Pak Turut kata Anwar.



Kalau Nik Aziz anggap penerima BR1M sebagai haiwan, adakah mereka berikut ini sama haiwan?







  
PAs tu tak ke serupo haiwan



Nik Aziz sendiri ngaku ditaja dan elak jawab hal rasuah




Sumber : Klik sini

Sunday 24 February 2013

Bukti Umpama Nik Aziz Nyanyuk Terlupa Dia Tuan Pemberi Makanan Haiwan


 

Sungguh keterlaluan buat seorang yang diangkat sebagai ulama oleh akar umbi PAS. Bertindak nemberi perumpamaan yang sangat biadap sehingga terkena tempias kepada warga berpendapatan rendah yang juga meliputi akar umbi PAS. Yang paling teruk turut terpalit kenukanya sendiri sebagai pemberi haiwan makan. Nik Aziz sudah lupakah dengan gambar di atas.

Tetapi salahkah kerajaan membantu rakyat dari hasil kemajuan dan pengukuhan ekonomi negara

 

Apakah salah kalau kita nilaikan balik matlamat dan konsep pemberian zakat? Apakah yang membezakan niat Tranformasi Najib Razak memberi warga kuran berkemampuan menikmati hasil pembangunan negara.

Kalaulah pecacai PAS mengatakan itu hanya perumpamaan walau agak biadap sedikit. Tertapi Nik Aziz sudah terlampau tua dan berpenyakit lupa ingatan akan apa yang pernah dilakukan oleh dirinya sendiri. Jadi bolehlah diumpamakan sinyanyuk terlupa dimana letaknya cermin matanya... Bukan? Betullah tua! walaupun biadap sikit sebab PecahPalakMikir berlajar dari Nik Aziz.

Sumber : Klik Sini

Fakta Parlimen Dibubarkan Dalam Tempoh 3 Minggu Ini Rahmat Besar Buat Barisan Nasional


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Najib Razak telah berjaya merealisasikan momentum Janji Ditepati meliputi seluruh negara sehingga Sarawak menunjukan kesedian bersama Barisan Nasional dan bergitu juga dengan Terangganu pada hari ini. Malah seluruh negeri dari Perlis hingga ke Sabah, Tranformasi Kerajaan yang diusahakan oleh penuh kepimpinan Datuk Sri Mohd Najib yang berkesan.

Apatah ekonomi negara berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya. Ini menyebabkan Tranformasi Kerajaan dan Janji Ditepati mudah dilaksanakan tampa menjejas kedudukan keewangan negara. Biarlah Pakatan berura-ura pertikaikan hutang negara 53% tertapi mereka sengaja diam dan takut kenapa Singapura punyai hutang 105% masih berdayasaing.

Ini faktor yang kita dapat rumuskan Berjaya! Amat Berjaya dan Teramat Berjaya melakarkan rasa sayang rakyat kepada Barisan Nasional dan saban hari terus meningkat dengan peratusan yang memberansangkan.

Namun bergitu kita para Pejuang Barisan Nasional SEJATI yang cintakan Agama Bangsa dan Negara sudah bersiap sedia bergerak bersama Perdana Menteri yang dicintai? Sudahkah dikalangan calon dan yang tidak diberi peluang buatkali ini menjadi calon bersatu di bawah kibaran Bendera Barisan Nasional? Jika masih ada dikalangan kita sedemikian tolong buangkan dan jika anda engkar pasti lepas PRU13 nanti menjadi hari malang buat anda diabai terus menerus. Kerana buat masa ini ramai pejuang tidak berminat memusnahkan momentum Barisan Nasional yang dibawa oleh Najib Razak tetapi para pejuang tidak buta untuk menyedari apa yang sedang berlaku. Cuma kesetiaan kepada Parti melebihi rasa terkilan dihati.

Kita percaya Barisan Nasional akan memecah rekod terbaru jika tiada sabotaj orang sendiri kerana populariti Anwar Ibrahim telah parah rebah dengan angan-angan kosongnya. Malah Majlis Syura sendiri menolak Anwar sebagai Perdana Menteri dan paling malang Haji Hadi sendiri tidak diyakini sebagai calon Perdana Menteri oleh barisan pinpiman PAS tertinggi lagi. Sebab itu timbul isu calon luar sebagai PM.

Kenapa bergitu? Kerana dalam Pakatan Rakyat tiada calon yang layak untuk menerajui negara melainkan calon yang diwas-waskan akan akhlak dan peribadinya.

Jadi dimana letak kegagalan Barisan Nasional untuk berjaya? Kita terlah berjaya sebenar kerana DAP semakin dibenci oleh orang-orang melayu malah banyak kaum lain terkilan dengan peranan DAP yang betsifat cauvenis.

Bukanlah mudah untuk Najib Razak sampai ke fasa ini tetapi tampa pejuang fisabilillah seperti kita bangkit terus-menerus menambah baik momentum ini akan gagal domainkan dengan serang fitnah dan sabotaj bertubi-tubi dari Pakatan Haram.

Oleh itu bangkitlah bangsaku kita berjuang selamatkan negara ini dari tangan-tangan perosak. Ingat satu undi buat Pakatan akhidah boleh terjejas kerana bersubahat menghalalkan permedagangan Khalimah Allah. Satu undi kepada PKR kita hampair kepada jajahan yahudi israel. Satu undi kepada PAS masyarakat islam berpecah dan satu undi buat DAP segalanya akan menyamai nasib malang miniriti di Singapura cuma ada pendatang Singapura yang diberi kewarganegaraan telah menjadi perosak membawa nasib malang melayu ke sama dengan melayu Singapura.

PecahPalakMikir yakin kita boleh lakukan Insya Allah....

Sumber : Klik Sini

Friday 22 February 2013

DAP Johor Dakwa Chua Jui Meng Dalang Serangan




Belum pun reda kemelut yang melanda DAP dan pengikut Pas yang menolak pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam, kerjasama politik antara pakatan pembangkang sekali lagi di landa badai. Terbaru, Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau dilaporkan berkata tidak lagi dapat bekerjasama dengan Ketua PKR Johor, Chua Jui Meng. 

Sumber dalaman parti itu ketika dihubungi mengatakan, hubungan antara kedua pimpinan negeri itu ‘ibarat retak yang menanti belah’. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain dan ‘tidak sebulu’ sejak sekian lama. 

Menurut Cheng Hau lagi, naib presiden PKR itu adalah merupakan dalang utama ke atas beberapa serangan terhadap parti komponen pakatan pembangkang. Tidak cukup dengan itu, Cheng Hau turut mengesa agar pucuk pimpinan menjalankan satu siatasan terhadap Jui Meng dan menuntut agar Chua dilucutkan jawatan sebagai Ketua PKR Johor. 

Gesaan yang dibuat oleh Cheng Hau itu turut disokong oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh yang memandang serius terhadap dakwaan yang dibuat itu dan akan menubuhkan satu badan siasatan bagi mengesahkan tuduhan tersebut. 

Walaupun ada di kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang merasakan isu ini tidak akan memberi kesan terhadap jentera parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi. Namun rakyat dan masyarakat perlu melihat isu ini dari sudut yang lebih luas. 

Isu pokok yang perlu dilihat ialah, kegagalan pimpinan pakatan pembangkang dalam mewujudkan satu kerjasama yang kuat di kalangan parti komponen mereka. Dan keharmonian antara mereka hanyalah sandiwara semata-mata dan yang paling utama saling tidak mempercayai antara satu sama lain. 

Dan seandainya mereka berjaya menawan Putrajaya dan sekaligus merampas kerajaan negeri Johor (semoga Allah menjauhkan) kerajaan yang bakal dibentuk adalah merupakan kerajaan yang rapuh. 

Kegagalan mereka mewujudkan kerajaan yang kuat bakal menyebabkan ekonomi Malaysia jatuh merudum sekaligus meningkatkan kadar inflasi yang bakal menghimpit dan membebankan rakyat. 

Dengan terbentuknya sebuah kerajaan yang lemah di kalangan parti komponen akan menyebabkan pimpinan negara menjadi telalu sibuk dengan politik dan isu berkenaan ekonomi dan pembangunan akan turut diketepikan. 

Cuba kita renung sejenak sejarah tanah melayu suatu ketika dahulu, bila mana pemimpin saling berebut kuasa sehingga mengakibatkan kerajaan menjadi lemah, penjajah telah mengambil kesempatan sehingga berjaya menumbangkan kerajaan yang ada pada ketika satu demi satu. 

Di harapkan semoga rakyat dan masyarakat dapat melihat bagaimana kerakusan untuk mendapatkan kuasa, telah membutakan mata mereka sehingga terdorong untuk melakukan apa sahaja. Dalam kamus perjuangan mereka, ‘matlamat menghalalkan cara’ adalah sebagai satu cara mengunakan apa sahaja bentuk asalkan ia membolehkan mereka mencapai apa sahaja yang diinginkan.

Sumber : Klik Sini

Thursday 21 February 2013

Telenovela ‘Kalimah Allah’: Lakonan Majlis Syura–Karpal Singh Memualkan


 


Pakatan Rakyat masih belum dapat mencari titik penyelesaian dalam isu ‘Kalimah Allah’. Media juga berselang seli menyiarkan kenyataan antara ahli-ahli Majlis Syura dengan Karpal Singh yang tidak habis-habis menempelak dan menghentam sesama sendiri. 

Majlis Syura menganggap isu tersebut selesai dengan membuat keputusan bahawa ‘Kalimah Allah’ tidak boleh digunakan di dalam Injil Kristian dan bahawa keputusan itu tertakluk kepada ahli-ahli PAS sahaja. 

Tetapi, Karpal menafikan ianya selesai, selagi Majlis Syura tidak menyatakan secara jelas untuk membenarkan Kalimah Allah digunakan di dalam Injil serta menerima hakikat bahawa Majlis Syura tidak ada hak bersuara di dalam Pakatan Rakyat, melainkan di dalam PAS sahaja. 

Menganalisis perkembangan ini secara terperinci, kita akan mendapati bahawa isu ini sebenarnya telah lama selesai bagi Pakatan Rakyat. 

Ini kerana Majlis Syura sendiri telah menegaskan bahawa keputusan majlis tersebut hanyalah tertakluk kepada ahli-ahli PAS sedangkan hakikatnya, tidak mungkin ada ahli PAS yang terlibat menterjemah atau mencetak Injil dalam bahasa Melayu untuk membolehkan mereka menggunakan Kalimah Allah di dalamnya. 

Di masa yang sama, Majlis Syura sebenarnya tidak menghalang, dan tiada hak untuk menghalang mana-mana ahli DAP atau sesiapa sahaja yang bukan ahli PAS untuk berbuat demikian sepertimana yang ditegaskan oleh Karpal Singh. 

Ertinya, kedua-dua pihak telah pun menemui titik persetujuan iaitu “Kalimah Allah boleh digunakan di dalam Injil, kecuali oleh ahli-ahli PAS”. 

Justeru, perbalahan antara Majlis Syura dan Karpal Singh di media hanyalah lakonan dengan skrip yang penuh dengan ayat tersirat. Seperti juga isu Hudud, Isu Kalimah Allah ini juga adalah satu lagi Telenovela yang tiada penghujung bagi PR, walaupun secara dasarnya ia telah pun tamat dengan PAS akur kepada kehendak DAP. 

Bukan kita tidak tahu bahawa DAP perlu menunjukkan pada kaum bukan Melayu betapa mereka kuat, tegas dan mampu mengawal PAS dari membawa unsur-unsur Islam ke dalam pentadbiran PR. Isu kalimah ini, bukan sahaja menjadi ‘tanda aras’ kepatuhan PAS kepada DAP, tetapi juga merupakan strategi serampang dua mata di mana ia turut memberi kelebihan kepada puak Kristian untuk memurtadkan umat Islam. 

Sedangkan PAS pula perlu menunjukkan pada umat Islam yang parti itu kekal tegas mempertahankan Islam dari dinodai oleh mana-mana pihak memandangkan imej ‘Islam’ parti itu sudah rosak teruk kerana kalah dengan UMNO dalam isu Amanat Hadi, kalah dengan DAP dalam isu Negara Islam, hudud, judi, arak, rumah urut, pusat hiburan dan juga salon serta tidak mampu menempelak PKR dalam isu pluralisme, liberalisme mahupun isu menyokong negara Israel. 

Telenovela Kalimah Allah ini, adalah talian hayat terakhir PAS untuk memperlihatkan yang parti itu masih se-‘Islam’ dulu. Justeru, ia perlu terus ditayang untuk tontonan umum sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya. Skripnya juga akan berterusan di mana Karpal dan Majlis Syura saling berbalah dan bercakaran. 

Hakikatnya, jika benar perbalahan ini bukan hanya sebuah Telenovela, maka sudah tentulah PAS telah meninggalkan PR. Bayangkan, sedangkan Nasharuddin Mat Isa juga sanggup PAS ‘ceraikan’, tetapi PAS tidak sanggup meninggalkan kerjasama yang membawa risiko kepada akidah umat Islam dan pencemaran kepada kesucian ‘Kalimah Allah’.

Sumber : Klik Sini

Tuesday 19 February 2013

GEMPAR!!!! Perjumpaan Rahsia Husam Dan Taib Mahmud Runding PAS Sertai BN Di Sarawak


Apa? Biar betul Beb!!! Tapi kenapa Sarawak? Kenapa PAS tidak sertai BN secara keseluruhannya? Perjumpaaan Husam Musa dengan pemimpin NO. 1 di Sarawak ini membuka lembaran baru dalam kancah dunia politik negara ketika ini.




Persoalan terus bermain di fikiran BB mengenai pertemuan ini. ???????

Ketika PAS sedang berperang dengan ahli dan kepimpinannya sendiri berkaitan isu Ustaz Nasha dan Dr. Haron Din, kini timbul pula HUSAM!! Apa sebenarnya agenda pertemuan ini???

Jika merujuk kembali kepada keputusan PRN Sarawak yang lalu, jelas PAS sebenarnya ditolak 99% oleh rakyat Sarawak. 

Adakah ini petanda PAS sudah tidak percaya lagi kepada PAKATAN (PR)? Mungkin juga disebabkan rasa takut ketidakselesaan mereka dihidu oleh Pakatan, maka PAS memilih Sarawak sebagai percubaan serta pentas mempersembahkan KETIDAKSELESAAN mereka yang seolah-olah lembu yang diikat tali pada hidungnya.

PAS pada hakikatnya benar-benar tersinggung dengan beberapa perkara yang berlaku dalam PR akhir-akhir ini.

Isu kegagalan HKR112 di Stadium Merdeka, PAS dipersalahkan!!! Padahal, kegagalan sebenar berpunca daripada DAP dan PKR kerana GAGAL membawa keluar ahli-ahlinya seperti yang dirancang. BACA DI SINI.

Paling terbaru dan MENCABAR KEISLAMAN PAS adalah isu kalimah ALLAH! Keputusan Majlis Syura dipermain-mainkan oleh PR khususnya oleh DAP dan PKR. Malah Anwar yang beragama ISLAM itu sendiri tegas membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan ISLAM sepertimana keputusan Konvensyen PR pada 2012. BACA LAGI DI SINI

Begitu juga seorang YB PAS di Kelantan yang dihentam hebat kerana MENGHARAMKAN ahli PAS mengundi bukan ISLAM pada PRU 13 nanti. BACA DI SINI.


Editor akhbar Australia kritik tindakan Xenophon di Malaysia




MELBOURNE 18 Feb. - Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak "bodoh atau sengaja mempromosi diri" berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah "bodoh dan tidak praktikal".

Sheridan juga menuduh Xenophon "berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia - pihak pembangkang".

Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

"Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak," katanya.

"Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.

“Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

"(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara," kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia “dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

"Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.

"Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana". - BERNAMA

Sumber : Klik Sini

Monday 18 February 2013

Isu Kalimah Allah- Hadi Awang Semakin Terdesak

Hadi-Awang-sakit-tenat




Setelah sekian lama, cuba sedaya upaya untuk mempertahkan Anwar Ibrahim dan DAP, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhir terpaksa akur dengan kehendak dan tuntutan akar umbi para pengikut parti itu. Hadi ketika memberikan ucapan di Kampung Banggol Peradong semalam berkata Pas berkemungkinan tidak akan meneruskan kerjasama bersama DAP dan PKR sekiranya ia merugikan Islam dan Melayu.

Walaupun ada segelintir pengikut Pas merasakan kenyataan itu adalah merupakan bukti ketegasan Pas dalam mempertahankan Islam dan polemik kalimah Allah, namun bila dilihat secara keseluruhan ia hanyalah merupakan satu kenyataan terdesak dan strategi ‘serampang dua mata’.

Ini kerana, Hadi ketika menyampaikan ucapan yang memakan masa hampir sejam di hadapan kira-kira 8 ribu orang itu, beliau langsung tidak membangkitkan mengenai isu kalimah Allah. Walhal isu tersebut adalah merupakan pencetus kepada kemarahan ahli dan penyokong parti tersebut yang mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti itu.

Di masa yang sama, Hadi yang diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut,  ketika sidang akhbar sejurus selepas program yang diadakan itu, mengatakan ketika ini tidak wujud sebarang isu yang merugikan Islam dan Melayu sehingga membolehkan Pas keluar dari pakatan pembangkang. Beliau turut mengatakan kerjasama politik yang diambil oleh Pas untuk bersama DAP dan PKR masih lagi dilihat memperjuang dan memperkasakan Islam dan Melayu.

Ramai di kalangan pemerhati politik melihat, dari satu segi Hadi cuba mententeramkan kemarahan di kalangan ahli parti, namun di masa yang sama beliau cuba untuk tidak menguris hati dan perasaan Anwar Ibrahim serta pimpinan di dalam DAP.

Walaupun demikian, penulis merasakan kenyataan tersebut secara signifikasinya ditujukan kepada kelompok dan golongan ulama di dalam Pas yang sebelum ini bertegas menolak gesaan yang dibuat oleh Guan Eng itu. Tambah mengejutkan dan membuat Hadi serba salah ialah, bila mana sebelum ini telah terdengar ura-ura mengenai kekecewaan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang dikatakan ingin keluar dari Pas.

Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ketika mengulas mengenai perkembangan tersebut mengatakan kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada Pas di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana Pas dijangka meletakkan calon.

Beliau turut mengatakan kenyataan Presiden Pas itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak Pas menyertai pakatan pembangkang, idealisme perjuangan Pas hampir diketepikan sepenuhnya  atas keinginan yang melonjak untuk membawa Anwar ke Putrajaya.

Hampir dalam semua isu, baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar  melibatkan aqidah dan syariah, Pas didapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kesimpulannya, Hadi telah mula sedar kenyataannya sebelum ini yang bersetuju dengan DAP dan PKR bagi membenarkan orang bukan Islam mengunakan kalimah Allah di dalam Bible akhirnya telah mula memakan diri. Namun untuk menarik kembali kenyataan itu, bukanlah satu perkara yang mudah.

Namun Hadi juga tidak sanggup untuk melihat Pas tersungkur di dalam pilihanraya umum yang akan datang, kerana ditolak oleh pengikut dan penyokong sendiri lantaran tidak berpuasa hati dengan pendirian Pas terhadap isu Islam dan Melayu.

Ini kerana, Hadi tahu mana-mana parti yang cuba mengetepikan kehendak dan suara akar umbi bakal berdepan dengan tindakan sabotaj bagi memberikan pengajaran kepada pimpinan. Yang mana akhirnya ia tetap akan merugikan Pas secara keseluruhan, kerana sekiranya Pas tidak mampu memberikan sumbangan kerusi parti untuk pakatan pembangakng. Parti itu tetap akan diketepikan oleh DAP dan Pas.

Tambahan pula, telah terbukti sebelum ini Pas walaupun mempunyai beberapa kerusi, baik di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri, parti itu tetap diberi layanan kelas kedua dan hanya dijadikan kuda tunggangan semata-mata.

Sumber : Klik Sini

Pencacai PR Serang Peribadi Dato' Fadzilah Kamsah

Dah xde modal lain ke puak pemakan dedak ni nk berpolitik.. Mane2 tokoh yg tak menyokong puak diorang habis semua peribadi kene korek.. Kerja pencacai terkutuk membusuk sampai ke perut.. Rosak segala landasan agama bila bontot pencacai dh panas kene tibai.. Mcm ni ke didikan dari Ularmak PAS? Parti Ajaran Sesat hanya pandai memfitnah, membuka aib, menunding jari, kemudian merusuh.. itu je la yg korang pandai..

STG harap Dato' dapat bersabar dalam dugaan seperti ini.. Perkara semacam ini sememangnya kita dah jangka.. Hanya dengan taktik kotor sebegini pencacai sume berharap supaya Dato' tutup mulut..

Sumber : Klik Sini

Saturday 16 February 2013

Penyakit Rosakkan Bangsa




ALAF ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.

Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.

Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.

Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.

Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz2L4Qt1rUQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


ULASAN STG :-

Apa punca puak2 pemakan dedak  ni lantang menyuarakan dakyah terkutuk Ambiga?? 

kenapa golongan sesat ni perlu diketengahkan?

Betul ke mereka ni memperjuangkan hak asasi manusia?

ni STG nk bitau agenda utama LGBT mahu hapuskan seksyen 377 kanun keseksaan dan ape yg mereka lakukan akan merosakkan perlembagaan negara..

  • Seksyen 377 Kanun Keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
  • Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
  • Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, manakala
  • Seksyen 377CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
  • Seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun manakala kesalahan mengikut seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Apa yg tinggal jika semua undang2 diatas dihapuskan?? mahu ke lepas PRU13 nnt tgk puak2 LGBT ni selamba badak berkeliaran di siang hari memperaga diri?? nnt dari yg lurus pon same2 terjebak pulak.. habeh punah negara weh~~~ menambah geng anu war aljuburi la plak nnt ye..

Nasihat STG.. marilah kita ramai2 menolak suatu fahaman yang tidak diterima oleh mana2 agama samawi ini.. kita umat Islam ni pon Nabi dh cakap xnk ngaku umat kalau amal seks songsang ni.. Nauzubillahiminzalik...

PR Vs Majlis Syura, Mana Satu Keutamaan PAS?



Beria-ia benar PAS melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13.

Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman PAS khususnya membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan PAS berada dalam gabungan rapuh, PR.

Itu respons rasmi PAS terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis Syura PAS hanyalah spekulasi murahan sahaja.

Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. PAS sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama PAS, mana satu yang wajib menjadi keutamaan.

Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk diputuskan sekiranya PAS memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar perjuangannya yang asal.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya tiada sebab untuk PAS membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama PAS juga tidak layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.

Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis Syura Ulama PAS malah sesetengah pemimpin PAS yang lain juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk melihat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai PM.

Namun demikian, pada siapa PAS mahu menipu, walhal umum mengetahui status PAS dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.

PAS berlakon sehebat mana pun, hakikatnya PAS adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada PAS. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah PAS turut sama di badai ombak. Lainlah jika PAS yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.

Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka wajiblah PAS patuh dan wala’ pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau tidak, PAS perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.

Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan PAS sekalipun selepas itu PAS kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.

Itu sudah lebih dari cukup membuktikan PAS kekal sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama PAS pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong PAS dari menyedari hakikat kedudukan sebenar PAS dalam PR.

Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak.

Baik Harun mahupun PAS sendiri buat apa nak peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik PAS selagi mana PAS kekal dalam PR.

Sekiranya PAS benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah lama PAS keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura Ulamanya.

Sumber : Klik Sini

Friday 15 February 2013

Fitnah – Wan Ahmad Saman Mat Sabu


Penulis amat tertarik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam yang menyatakan akan mengemukakan saman terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Ia ekoran dakwaan yang dibuat sebelum ini kononnya Wan Ahmad adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam projek kad pengenalan di Sabah.


Seperti yang kita semua sedia maklum sebelum ini, rata-rata pimpinan pakatan pembangkang sering melemparkan pelbagai fitnah dan tohmahan baik kepada pemimpin negara mahupun kepada ketua-ketua agensi dan jabatan yang berkaitan dengan kerajaan.

Tujuan mereka cuma satu, iaitu mencalarkan imej badan-badan yang terbabit agar dipandang serong oleh masyarakat. Walhal apa yang dikatakan itu tiada asas kebenarannya. Lihat sahaja bagaimana mereka mencemar dan merosakkan imej badan kehakiman, PRDM, SPRM, SPR sehinggalah kepada institusi Diraja semata-mata untuk menghakis keyakinan rakyat.

Apabila persepsi itu sudah berjaya disebatikan di dalam minda masyarakat, maka dengan mudah mereka akan meletakkan semua kesalahan kepada kerajaan BN/Umno sebagai punca segala masalah.

Sebagai contoh sekiranya ada mana-mana individu mahupun pemimpin pakatan yang didapati bersalah melakukan sebarang kesalahan, mereka akan mengatakan ia adalah merupakan arahan kerajaan BN/Umno untuk melemahkan gerakan pembangkang. Tetapi bila mana keputusan itu menyebelahi mereka, maka ia dikatakan sebagai satu kemenangan kepada gerakan pembangkang.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap maklumat atau perkara walaupun ia bohong dan fitnah, namun sekiranya diulang saban hari, maka lama kelamaan masyarakat akan terpedaya dan merasakan ia mempunyai asas kebenaran. Cuba kita lihat bagaimana mereka menanamkan persepsi di minda masyarakat dengan mengatakan kerajaan BN/Umno rasuah.

Sehinggakan ada penyokong mereka di kampung bila membuka mulut akan mengatakan kerajaan ini sering mengamalkan rasuah. Namun sekiranya kita minta mereka menerangkan dengan lebih lanjut mengenai rasuah yang dilakukan oleh kerajaan, sudah pasti mereka tidak akan mampu menghurai dan menjawab.

Begitulah licik dan hebatnya gerakan pembangkang dalam menimbulkan persepsi di minda masyarakat bagi memastikan hanya maklumat yang memberikan kelebihan kepada mereka di terima oleh sekelompok masyarakat.

Namun penulis merasakan beban kesilapan perlu diletakkan kepada agensi yang terbabit kerana gagal mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengekang perkara ini dari terus berleluasa. Mereka seharusnya lebih peka dan tegas dengan gerakan pembangkang yang memang terkenal dengan strategi ‘matlamat menghalalkan cara’.

Oleh yang demikian, tindakan Wan Ahmad mengemukan saman terhadap Mat Sabu adalah merupakan satu tindakan wajar dan perlu dilakukan. Selain membersihkan imej dan reputasinya, ia juga mampu memberikan pengajaran kepada pimpinan pembangkang agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan.

Tindakan itu juga, secara tidak langsung mampu membuka kembali minda masyarakat yang selama ini terpedaya dengan tipu helah pakatan. Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’. 

Sumber : Klik Sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...