Kalau isu Kalimah Allah
pun tak boleh nak selesaikan...macam mana PAS boleh kata mereka ni
sebuah parti yang memperjuangkan ajaran Islam..Yang bertambah menarik
lagi orang yang menandatangan surat menjual Kalimah Allah merupakan
seorang ulama yang memengang jawatan Presiden PAS..tak ke haru...
Sebelum ini PAS
beriya-iya kata mereka dah berjaya tarbiah DAP mengenai keindahan
Islam..keindahan hukum Islam..tapi last-last terbalik pula
jadinya...Bukan PAS yang berjaya tarbiah DAP..tetapi DAP yang berjaya
kafirkan PAS...
Berpuluh tahun PAS
menentang UMNO nak menengakkan Negara Islam, nak melaksanakan hukum
Hudud nak menjadikan Malaysia lebih Islam daripada negara Islam yang
lain..Mana perginya perjuangan itu??..Semuanya PAS gagal pertahankan
hanya mahu tidur sebantal dengan DAP...Macam mana PAS kata mereka nak
ganti UMNO...
Cuba baca kenyataan Nik
Aziz dibawah.. Nik Aziz macam orang bodoh seorang diri dalam PAS
terpaksa mempertahankan isu Kalimah Allah kerana Presidennya telah
menandatangani surat perjanjian menjual Kalimah Allah pada Anwar dan
DAP..
Apa yang lebih memalukan
Nik Aziz terpaksa menyakinkan pemimpin dan ahlinya sendiri dalam
mempertahankan isu Kalimah Allah kerana kebanyakannya pemimpin-pemimpin
PAS bersetuju dengan Anwar dalam isu Kalimah Allah...
Sedihkan PAS sekarang
berbanding dulu...Mursyidul Am terlajak kata lepas tu undur setelah
Majlis Syura buat keputusan...Presidennya pula tandatangani surat
perjanjian jual beli kalimah Allah..Timbalan Presiden ikut cakap Guan
Eng..sebab jawatannya ditaja oleh DAP...Naib Presiden diam
membisu....Pesuruhjaya Negeri tunduk pada Anwar...
Bagi EP tak salah bagi Anwar mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam yang di tandatangani sendiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tanda setuju...Anwar tak menipu..tapi dia pandai putar belit membuatkan PAS terperangkap...
Persoalannya kenapa Hadi Awang tak merujuk dulu pada Majlis Syura PAS sebelum menandatangani perjanjian tersebut...Adakah Hadi Awang rasa dia lagi pandai dan hebat dalam bidang ilmu agama daripada ulama-ulama yang berada didalam Majlis Syura PAS??
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.
Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.
“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
** Anwar mana iktiraf Majlis Syura PAS...dia cuma iktiraf Majlis Syura DAP je...
Dan ini pula pesanan Lim Guan Eng pada pemimpin PAS pasal isu Kalimah Allah...
Dan ini pula pesanan Lim Guan Eng pada pemimpin PAS pasal isu Kalimah Allah...
Sumber : Empayar Pemuda
Kalau PAS sudah tersilap langkah itu pun bukan masalah kita rakyat Malaysia. Sbb semenjak tahun sudah dahulu lagi kita dah beritahu jangan setuju sbb perkara ini melibatkan akidah.
ReplyDeleteBagaimana org Islam nak laksanakan hukum hakam Islamiah kalau akidah pun sudah hancur? Kalau sekarang baru mursidul PAS faham tak mengapa lah, cuma kami umat Islam sudah tidak percaya dgn PAS yg nyata lebih pentingkan kuasa dan putrajaya dari akidah dan iman didalam Islam.
betul tu tuan.. rmai rakyat dh sedar n dh nampak cemane rupa belang pemimpin PAS ni.. harap akan ramai lg yg dapat faham masalah PAS ni..
Deletesgt setuju dengan kuliah2 ustaz kazim berhubung isu kalimah Allah. jauh berbeza dgn pndangan golongan pakatan ni. smoga umat islam lbh ikhlas mperjuangkan agama, bkn mempolitikkan agama...
ReplyDeleteCuba renung muka n.ajis. Apa pendapat anda? ulama?
ReplyDeleteMacam mana Kalimah Allah pun tak kemas bagaimana nak menegak Hukum Allah. Fahami Kalimah Allah dlm2 merangkumi sekelian Alam ..Zahir dan bathin Jangan hanya pada Asma saja..
ReplyDelete