ADA macam-macam
pandangan dan pendapat yang dilemparkan berikutan cadangan Penasihat
DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor dengan
menggunakan tiket PAS dalam pilihanraya umum akan datang.
Sudah tentu di
kalangan bongok-bongok dalam PAS, berita ini disambut dengan sorak
gembira kerana kononnya menunjukkan bukti bahawa DAP tunduk di tangan
PAS sehingga penasihatnya pun bertanding dengan menggunakan lambang
parti tersebut.
Sementara di
kalangan bongok-bongok DAP pula, keputusan ini menimbulkan persoalan
mengenai kekuatan parti tersebut sehingga Kit Siang terpaksa bertanding
dengan menggunakan lambang PAS. Maklumlah, banyak disebut tentang
kejayaan parti rasis tersebut dalam memenangi sokongan orang Melayu,
tapi kenapa Kit Siang perlu bertanding atas lambang PAS?
Realitinya,
orang Melayu waima dalam PAS dan PKR pun tidak boleh terima DAP. Sebab
itu kalau kita lihat bendera-bendera parti politik pembangkang yang
bersepah sekarang, jarang yang kita boleh jumpa bendera DAP diletakkan
sekali, biasanya hanya bendera PKR dan PAS sahaja, lebih lagi di dalam
kawasan majoriti Melayu.
Malah ada kes
dimana bendera DAP yang diletakkan pihak-pihak tertentu bersama-sama
bendera PKR dan PAS, ditanggalkan tidak sampai 24 jam pun.
Sebab itulah agaknya Kit Siang bercadang memperalatkan PAS untuk bertanding di Gelang Patah dengan menggunakan tiket PAS.
PAS (bukan PKR)
dipilih Kit Siang sebab parti ini memang bodoh dan ketandusan pemimpin.
Kita perlu ingat dalam pilihanraya umum 2008, PAS meletakkan Datuk
Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti tersebut di Pasir Mas, walaupun
tahu Ibrahim Ali tidak akan menyokong parti tersebut jika menang
sekalipun!!
Itulah yang
dibuat Ibrahim Ali sebaik menang pada 2008, mengisytiharkan dirinya
sebagai calon bebas, meninggalkan PAS terkulat-kulat!! Tapi macam
biasalah, PAS masih dengan tak malu mengaku kemenangan itu adalah
kemenangan mereka, dan sekarang sampailah giliran Kit Siang pula untuk
mengambil kesempatan di atas ‘kecacatan’ PAS itu.
Rakyat
diharapkan tidak terpedaya dengan taktik Kit Siang memperkudakan PAS
ini. Takde mananya PAS mengawal DAP sehingga Kit Siang bertanding
dengan menggunakan lambang parti tersebut. Itu gimik dan propa sahaja,
bukan fakta yang sebenarnya.
Pembangkang nak kalah ni macam-macamlah taktik pelik-pelik dibuat untuk mengaburkan pandangan rakyat.
Mykmu.net
No comments:
Post a Comment