BONGKAR !!! NURUL IZZAH PERLEKEH POLIS DAN JUGA BERDENDAM?
Nampaknya,semakin ramai yang menjauhi PR apabila tersebarnya video Nurul
Izzah memperlekeh pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu
tatkala mereka menggadai nyawa mempertahankan negara.Kenyataan tersebut
dibuat oleh Nurul Izzah dalam satu ceramahnya di Lucky Garden Bangsar
pada 16 Februari 2013,di mana krisis Sulu berada di puncak.Entah
dendam,entah memang bodoh si Nurul Izzah anak kepada Anwar Ibrahim ini
bila bercakap mengenai pasukan-pasukan keselamatan negara. Jelas
kelihatan bahawa wanita yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin atasan
negara ini,rupanya langsung tidak punya pengetahuan mengenai pasukan
keselamatan negara.
Pertama sekali,dalam memperkatakan mengenai keselamatan negara,seorang
yang bergelar pemimpin tidak boleh sama sekali memandang rendah terhadap
musuh,kerana ia akan mendedahkan pasukan sendiri kepada risiko
kekalahan,sekali gus membuktikan yang pemimpin itu langsung tidak
menghargai nyawa pasukan keselamatan kita sendiri.Keduanya,seorang yang
bergelar pemimpin dan bermimpi untuk menerajui negara wajib membuat
kerja rumah mengenai keselamatan dan pertahanan negara.Ketiganya,sesiapa
sahaja,tidak semestinya seorang pemimpin atau yang bercita-cita menjadi
pemimpin,wajib mempunyai pengetahuan mengenai apa yang ingin
diperkatakannya,terutamanya di pentas ceramah.Kegagalan menepati semua
syarat ini telah menyebabkan Nurul Izzah kelihatan amat bodoh serta
tidak punya hati perut dalam memperkatakan tentang nyawa pasukan
keselamatan.Kita hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala menyaksikan
kebodohan dan keceluparan Nurul Izzah dalam video tersebut di mana
beliau mengkritik penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Sabah
dan memanggil mereka sebagai ‘Polis Hutan’.Katanya,Polis Hutan
tugasnya adalah melawan komunis dan oleh kerana komunis telah tiada,maka
penghantaran pasukan ini ke sana adalah tidak relevan sama
sekali.Malah,Nurul Izzah juga menyindir Barisan Nasional kerana tidak
membenarkan pengganas komunis tersohor, iaitu Chin Peng,pulang ke
Malaysia.Selain ‘Polis Hutan’,Nurul Izzah juga mempertikaikan penghantaran Cawangan Khas atau Special Branch (SB) untuk menangani krisis Sabah.
Menurut Nurul Izzah,tugas SB ialah mencari ‘budak hilang’ ???
Justeru,katanya, SB harus dihapuskan dan jadikan mereka semua sebagai
Pegawai Penyiasat.Untuk pengetahuan Nurul Izzah,beberapa pasukan PDRM
yang dihantar ke Sabah adalah Unit Cawangan Khas,Pasukan Operasi Khas
dan Pasukan Gerakan Am.Pasukan Polis Hutan yang diperkatakan Nurul Izzah
adalah tidak wujud lagi atas sebab yang disebut oleh Nurul Izzah
sendiri iaitu tamatnya insergensi komunis.Oleh itu,pada tahun
1989,pasukan tersebut telah dirombak fungsinya daripada menentang
pengganas komunis kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan
perairan negara,ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin
(PATI),aktiviti rompakan di laut,penyeludupan,anti
pengganas,ketenteraman awam,mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan
jenayah.Sejajar dengan rombakannya,namanya turut ditukar kepada Pasukan
Gerakan Am (PGA).Justeru, apa yang berlaku di Sabah adalah menepati
kesemua fungsi PGA dan bagi Nurul Izzah untuk menyatakan penghantaran
pasukan ini ke sana sebagai salah atau tidak relevan,menunjukkan yang
Nurul Izzah bercakap kosong dan langsung tidak punya apa-apa pengetahuan
yang melayakkan beliau untuk mengulas mengenai isu Sabah.Kenyataan
Nurul Izzah mengenai Cawangan Khas pula boleh ditafsirkan sebagai
langsung merepek atau merapu dan tidak boleh dipakai.
Apa Nurul Izzah sangka hanya CIA sahajakah unit perisikan yang wujud di dunia ini ??? Mentang-mentanglah bapanya ‘ngam’
dengan CIA.Tidakkah Nurul Izzah tahu bahawa Cawangan Khaslah yang
berjaya membongkar selera seks songsang bapanya,mendapat bukti rakaman
suara serta menjejaki langkah bapanya ke pertemuan dengan agen-agen
Zionis di seluruh pelusuk dunia ??? Mungkin benar Nurul tidak
tahu,kerana cerita begini tidak mungkin diceritakan oleh bapanya sebagai
‘bedtime story’ atau ‘dinner talk’ dalam keluarga mereka.Untuk pengetahuan Nurul Izzah,Cawangan Khas bukanlah berfungsi untuk mencari ‘budak hilang’
kerana itu merupakan fungsi Bahagian Siasatan Jenayah dan Orang Hilang.
Fungsi Cawangan Khas adalah untuk mengumpul risikan berkaitan ancaman
dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh
kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan
negara,seperti bapa Nurul Izzah dan Nurul Izzah sendiri.Unit ini juga
bertanggungjawab memperolehi,mengolah,menilai dan mengedar maklumat
serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar
pasukan,serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini
terbahagi kepada beberapa cawangan seperti Inteligen Teknikal,Inteligen
Sosial,Inteligen Luar,Inteligen Politik,Inteligen Ekonomi dan Inteligen
Keselamatan.
Jelas,dalam Krisis di Sabah,Unit ini amat diperlukan bagi pengumpulan
maklumat dan kerja-kerja perisikan yang halus dan sulit.Justeru,jika
mereka ini ‘ditukar’ untuk menjadi ‘Penyiasat’ seperti
saranan Nurul Izzah,ke mana pula nak dipindahkan pegawai-pegawai
penyiasat yang sedia ada di Jabatan-jabatan polis seluruh negara ???
Atau,mungkinkah Nurul Izzah sebenarnya gentar dengan penghantaran unit
ini ke Sabah kerana takut bukti-bukti pendalangan bapanya terbongkar
dengan lebih luas lagi ??? Jika tidak,kenapakah Nurul Izzah inginkan
Unit yang sudah terkenal dengan kehebatan risikannya dan kecekapannya
ini dimansuhkan saja ??? Setakat ini,kita tahu yang Nurul Izzah mahu
polis dikurangkan dan Cawangan Khas dimansuhkan,tetapi kita tidak tahu
apakah yang Nurul Izzah atau Pakatan Rakyat akan lakukan dalam krisis
Sabah,sekiranya mereka yang menjadi kerajaan.Setakat mengutuk tindakan
kerajaan dan pasukan keselamatan memang mudah,tetapi kata orang,orang
yang bijak tidak akan mengutuk jika dia sendiri tidak berupaya
membentangkan cadangan penyelesaian yang baik.Namun,telah terbukti kini
yang Nurul Izzah adalah jauh dari bijak,jadi apalah yang diharapkan
darinya.Kita lihat sendiri bagaiamana cadangan yang diberi Nurul Izzah
bukanlah penyelesaian,tetapi bala bencana yang besar kepada
negara.Apapun,kita tahu Nurul Izzah amat berdendam dengan pihak polis
kerana berjaya menangkap bapanya dan mendedahkan keburukan dan kejahatan
keluarganya.Tetapi,kalau ya pun dendam,janganlah ditunjuk bodohnya pada
orang.Apatah lagi dengan Nurul Izzah merupakan nama wajib dalam kabinet
PR sekiranya parti itu memenangi pilihanraya kali ini.Tak mungkin
rakyat sanggup mempunyai Menteri yang bodoh macam Nurul Izzah.Mana
mungkin Menteri yang tak tahu apa-apa tentang keselamatan dan pertahanan
negara mampu memastikan negara ini selamat dan sejahtera.betul tak
pembaca ???
Sumber : Badut Rakyat
inilah yg dikatakan cerdik tak boleh ikut, bodoooohhhh tak boleh ajar...
ReplyDeletesepatutnya apabila negara diserang penceroboh atau pemberontak ( mungkin istilah ini tidak cukup untuk menjelaskan )...ketepikan dahulu fahaman politik, perlu bersatu, negara dala keadaan bahaya... kutuk sana, kutuk sini... sepatutnya engkau yg perlu duduk dibarisan hadapan, sama-sama menentang, jangan biar org lain menangguk di air yg keruh... tak ada akal ke...kalau nak sebut otak, lembu pun ada otak...manusia ni ada akal...perlukah ditambah masalah yg ada... senangkah hati bila tengok org lain susah...kalau itu tak perlu, ini tak perlu...apa lagi yg ada...org macam engkau ni ke yg nak jaga negara... nauzubillah... sebenarnya engkau tu dah telanjangkan diri kau sendiri tanpa perlu org lain londehkan... apa kata kalau engkau telanjang terus supaya apa yg kau cakap dengan apa yg org lihat zahirnya sama... ini aurat zahirnya macam tertutup, tak tahu pulak ada yg dah terbuka sana sini...ingatlah perkataan fitnah tu akan balasannya diakhirat nanti... oh ya sebelum terlambat aku tetap mendoakan engkau akan berubah juga satu hari nanti dan insaf diatas segalamny....amin
aku setuju...walaupun aku bukan org kerajaan, tapi dalam soal membela negara aku ketepikan fahaman politik yg berbeza...sudahlah tak ada cadangan yg membina...memperlekehkan usaha org lain... sebenarnya keluarga serta pengikut taksub engkau yang penakut...penakut dan penakut... hina sangatkah kalau engkau sokong dgn usaha yang dijalankan? Kalau ya pun bawalah pengikut taksub engkau tu jadi perisau , baru engkau tahu mcm mana susahny org lain...maaflah walaupun diawal penulisan tadi ingin memberi pendapat sepanjang mungkin...tapi bila dikenangkan peranan engkau sekeluarga serta pengikut taksub engkau terhadap kejadian ini...aku terasa nak muntah dan loya... tak ada yg lebih jijik lagi ...weeeekkkkkk tuih!
DeleteAnak ngan bapak sama je.... kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....
DeleteDi mana NURUL IZAH pula NAMPAK tak relevannya? Memang pun PGA dilatih dalam bab perang - perang ini...dan tempat latihannya di Ulu Kinta tu...tinggal selama ini kejadian seperti di Lahad Datu dan lain - lainnya tidak pernah berlaku di Bumi Malaysia yang bertuah ni....Amin, kerana ke amanan yang Tuhan Kurniakan kepada bumi kita ( KERANA SIAPA DAN SEBAB APA?)....cuma ada pun menangi kes rusuh merusuh dari pihak - pihak yang tertentu je dalam unit PORU selain daripada unit FRU...Ha, itu unit PGA le tu...cegah jenayah (NKRA SIRI 2 SEKARANG INI) bersama anggota JD di pekan, kampung, Taman - Taman perumahan dan bandar - bandar tu. Begitu juga di perbatasan sempadan untuk kes pembolosan, penyeludupan dan lain - lain lagi. Kumpulan atau pasukan PGA ini le selain dari unit PDRM yang lain rasanya terlalu banyak peranannya dalam PDRM. Tahu ke tidak PGA ini beberapa hari je duduk bersama anak bini dalam setahun....SEBAB APA UNTUK APA TU. Boleh ke nurul izah semak???? Kalau tak penting, mengapa boleh sampai begitu terjadi kepada unit ini...hanya 2 - 3 sebulan untuk duduk BERSAMA dengan anak bini? Cuba faham sikit....
ReplyDeleteorang ramai hendaklah berpiket / membuat lapuran polis / berdemontrasi di depan rumah nurul izzah ni bagi menyatakanan bantahan agar dengan tindakan seperti ini mahkamah akan melihat telah wujud unsur hasutan dan boleh menjejas ketenteraman awam ... ayuh bertindak sekarang ... kalau tidak nurul izzah ni akan terlepas dari tuduhan menghasut ... ingat kes karpal sing dilepaskan oleh mahkamah kerana tiada tindakan seperti yang disebutkan di atas ... bertindaklah sekarang sebelum terlambat ... hapuskan semua petualang negara ....
ReplyDeleteGood day! I just would like to give an enormous thumbs up for the great information you’ve
ReplyDeletehere on this post. I shall be coming back to your weblog for more soon.
My website :: seoul national university museum of art south korea seoul 2005
Hey! I just would like to give a huge thumbs
ReplyDeleteup for the nice data you will have right here on this post.
I shall be coming back to your blog for more soon.
My homepage - modest semi formal dresses for juniors