PESAN RASULLULLAH S.A.W
"Penasihat Sultan Sulu" Jawab Fitnah Tian Chua !!!
Ikuti
penerangan eksklusif daripada Lokman Noor Bin Adam yang dituduh oleh
pihak pembangkang terlibat dalam pencerobohan askar "Kesultanan Sulu" di
Sabah:
Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati Sultan Palsu yang menyerang negara kita hari ini.
Tohmahan ini ternyata langkah terdesak Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Nur Misuari dan pertemuan Jeffry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu terbongkar.
Izinkan saya
menceritakan serba ringkas tentang hubungan Malaysia dengan Kesultanan
Sulu yang sebenar, sebelum kita terus dikelirukan oleh pembangkang.
Sabah atau dulunya
dikenali sebagai North Borneo merupakan sekeping tanah yang dimiliki
oleh Sultan Brunei. Ianya telah dihadiahkan kepada Sultan Sulu yang
telah membantu Brunei dalam perperangan. Peringkat awal, North Borneo
telah di panjakkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overback. Overback
kemudiannya telah berkerjasama dengan Alferd Dent untuk menubuhkan North
Borneo Company.
Malangnya, bila mereka
mengenakan cukai kepala, penduduk North Borneo telah bangkit menentang.
Ketika inilah tentera British telah diundang untuk melindungi mereka.
Sekitar tahun 1959, Tun
Datu Mustapa telah ke Sulu untuk menyelamatkan Sultan Julaspi Kiram yang
ketika itu diancam bunuh oleh kerabatnya sendiri kerana perebutan
tahta. Peringkat awal, Sultan Julaspi telah menetap di Sabah, sebelum
kerajaan Malaysia memberikan beliau sebuah rumah di Lorong Maaruf
Bangsar. Pada tahun 1963, Sultan Julaspilah orang yang bertanggungjawab
membuat kenyataan menyokong Sabah menyertai Malaysia dan ianya terbit di
muka depan akhbar Malaysia dengan tajuk "Sultan Sulu Restu Sabah Sertai
Malaysia".
Ini bererti Sabah secara
automatik menjadi sebahagian dari Malaysia, sebuah negara yang
berdaulat dan tidak lagi boleh dituntut oleh mana-mana pihak. Malangnya,
setika Sultan Julaspi berada di Malaysia, muncul beberapa orang
"imposter" Kiram yang menabalkan diri mereka sebagai Sultan Sulu yang
baru. Mereka inilah yang dihasut oleh pihak pembangkang untuk menceroboh
Sabah.
Saya akui, saya pernah
dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak
kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005
untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.
Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan
rasmi dengan Kerajaan Malaysia. Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh
merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Ketika pertemuan saya
dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang
kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah
menasihatkan saya untuk menyertai UMNO semula. Inilah antara punca saya
menyertai UMNO pada tahun 2007. Sejak 2006 saya memang tak pernah
jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun
untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya
mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat
Sultan Palsu yang menyerang negara kita.
Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik
Sultan Sebenar atau Sultan Palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar
beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket
dan beli bot laju dan sebagainya. Bagaimana secara tiba-tiba
menjelang pilihanraya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur
Misuari serta pertemuan Jefrry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu,
pihak Kesultanan Sulu Palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera
sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu.
Lokman Noor Bin Adam
4hb Mac, 2013
semoga pencerahan ini dapat disebarkan kepada rakyat Malaysia. Jangan
sesekali tertipu dengan tuduhan bodoh pembangkang yang sedang mencedok
di air yang keroh dalam insiden pencerobohan di sabah.
sy punya blog tara masuk ka..? hehe
ReplyDeletekasi link bang.. ekekeke
ReplyDeleteadakah tentera sulu ada kaitan dgn MILF..MNLF DAN ABU SAYAF?
ReplyDelete