Penulis amat tertarik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam yang menyatakan akan mengemukakan saman terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu. Ia ekoran dakwaan yang dibuat sebelum ini kononnya Wan Ahmad adalah antara individu yang bertanggungjawab dalam projek kad pengenalan di Sabah.
Seperti yang kita semua sedia maklum
sebelum ini, rata-rata pimpinan pakatan pembangkang sering melemparkan
pelbagai fitnah dan tohmahan baik kepada pemimpin negara mahupun kepada
ketua-ketua agensi dan jabatan yang berkaitan dengan kerajaan.
Tujuan mereka cuma satu, iaitu
mencalarkan imej badan-badan yang terbabit agar dipandang serong oleh
masyarakat. Walhal apa yang dikatakan itu tiada asas kebenarannya. Lihat
sahaja bagaimana mereka mencemar dan merosakkan imej badan kehakiman,
PRDM, SPRM, SPR sehinggalah kepada institusi Diraja semata-mata untuk
menghakis keyakinan rakyat.
Apabila persepsi itu sudah berjaya
disebatikan di dalam minda masyarakat, maka dengan mudah mereka akan
meletakkan semua kesalahan kepada kerajaan BN/Umno sebagai punca segala
masalah.
Sebagai contoh sekiranya ada mana-mana
individu mahupun pemimpin pakatan yang didapati bersalah melakukan
sebarang kesalahan, mereka akan mengatakan ia adalah merupakan arahan
kerajaan BN/Umno untuk melemahkan gerakan pembangkang. Tetapi bila mana
keputusan itu menyebelahi mereka, maka ia dikatakan sebagai satu
kemenangan kepada gerakan pembangkang.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap
maklumat atau perkara walaupun ia bohong dan fitnah, namun sekiranya
diulang saban hari, maka lama kelamaan masyarakat akan terpedaya dan
merasakan ia mempunyai asas kebenaran. Cuba kita lihat bagaimana mereka
menanamkan persepsi di minda masyarakat dengan mengatakan kerajaan
BN/Umno rasuah.
Sehinggakan ada penyokong mereka di
kampung bila membuka mulut akan mengatakan kerajaan ini sering
mengamalkan rasuah. Namun sekiranya kita minta mereka menerangkan dengan
lebih lanjut mengenai rasuah yang dilakukan oleh kerajaan, sudah pasti
mereka tidak akan mampu menghurai dan menjawab.
Begitulah licik dan hebatnya gerakan
pembangkang dalam menimbulkan persepsi di minda masyarakat bagi
memastikan hanya maklumat yang memberikan kelebihan kepada mereka di
terima oleh sekelompok masyarakat.
Namun penulis merasakan beban kesilapan
perlu diletakkan kepada agensi yang terbabit kerana gagal mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk mengekang perkara ini dari terus
berleluasa. Mereka seharusnya lebih peka dan tegas dengan gerakan
pembangkang yang memang terkenal dengan strategi ‘matlamat menghalalkan
cara’.
Oleh yang demikian, tindakan Wan Ahmad
mengemukan saman terhadap Mat Sabu adalah merupakan satu tindakan wajar
dan perlu dilakukan. Selain membersihkan imej dan reputasinya, ia juga
mampu memberikan pengajaran kepada pimpinan pembangkang agar lebih
berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan.
Tindakan itu juga, secara tidak langsung
mampu membuka kembali minda masyarakat yang selama ini terpedaya dengan
tipu helah pakatan. Bak kata pepatah ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana
Salah’.
Sumber : Klik Sini
No comments:
Post a Comment