Pages - Menu

Saturday 16 February 2013

Penyakit Rosakkan Bangsa




ALAF ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.

Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.

Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.

Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.

Katanya, individu yang terlibat dan mengamalkan budaya songsang ini adalah manusia yang sakit jiwa selain mempunyai perwatakan pelbagai personaliti (split identity) yang sentiasa berubah-ubah serta berpegang kepada prinsip liberalisme.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#ixzz2L4Qt1rUQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


ULASAN STG :-

Apa punca puak2 pemakan dedak  ni lantang menyuarakan dakyah terkutuk Ambiga?? 

kenapa golongan sesat ni perlu diketengahkan?

Betul ke mereka ni memperjuangkan hak asasi manusia?

ni STG nk bitau agenda utama LGBT mahu hapuskan seksyen 377 kanun keseksaan dan ape yg mereka lakukan akan merosakkan perlembagaan negara..

  • Seksyen 377 Kanun Keseksaan, iaitu persetubuhan luar tabii dengan haiwan, hukumannya ialah penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.
  • Seksyen 377A iaitu persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii sama ada melalui mulut atau dubur, hukuman ialah penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
  • Seksyen 377C merujuk kepada persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, manakala
  • Seksyen 377CA iaitu perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
  • Seksyen 377D iaitu melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau, hukuman yang boleh dikenakan ialah penjara sehingga dua tahun manakala kesalahan mengikut seksyen 377E iaitu merangsang seorang kanak-kanak (di bawah 14 tahun) untuk melakukan sesuatu perbuatan kelucahan melampau, membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Apa yg tinggal jika semua undang2 diatas dihapuskan?? mahu ke lepas PRU13 nnt tgk puak2 LGBT ni selamba badak berkeliaran di siang hari memperaga diri?? nnt dari yg lurus pon same2 terjebak pulak.. habeh punah negara weh~~~ menambah geng anu war aljuburi la plak nnt ye..

Nasihat STG.. marilah kita ramai2 menolak suatu fahaman yang tidak diterima oleh mana2 agama samawi ini.. kita umat Islam ni pon Nabi dh cakap xnk ngaku umat kalau amal seks songsang ni.. Nauzubillahiminzalik...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...