Pages - Menu

Sunday, 10 November 2013

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa JAIP Maut Ditembak

ahmad rafli JAIP mati ditembak


KUANTAN: Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Rafli Abdul Malek maut ditembak tiga lelaki di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini, kira-kira pukul 2.30 petang Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata mangsa dipercayai ditembak tiga das dari jarak dekat oleh sekumpulan lelaki yang datang menaiki kereta Wira Aeroback.

Mangsa mati di tempat kejadian dan seorang daripada penjenayah dikatakan memakai jubah hitam

Alfatihah..



Setelah 5 Bulan Akhirnya Air Asia minta maaf Kepada Utusan Malaysia



Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd. (AirAsia) yang baru dilantik, Datuk Kamarudin Meranun,telah memohon maaf kepada Utusan Melayu (M) Bhd atas sikap dan perilaku Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Rosman Rani pada Mei 2013 lalu.

Pada 7 Mei 2013, portal Mykmu.net mendedahkan sikap kurang ajar Azran Osman yang menulis dalam Facebooknya bahawa Utusan bersikap rasis apabila menerbitkan tajuk akhbar muka depannya hari ini yang berbunyi “Apa Lagi Cina Mahu?”.



Berikutan itu banyak pihak menyelar kenyataan Azran Osman dan mendesak Air Asia meminta maaf. Mykmu sendiri menerbitan 6 artikel bekenaan isu ini:

1.Maybank Pengkhianat Utama Dalam Pemboikotan IPO Air Asia X? 
2. Melayu Yang Beli IPO Air Asia X Adalah Pengkhianat
3. Kemarahan Melayu Belum Reda Terhadap CEO Air Asia X
4. Kenyataan Nazir Bukan Pendirian Najib
5. Siapa Menteri Kabinet Kawan Baik Azran Air Asia X?
6. Air Asia Sudah Hilang Peri Kemanusiaan

Menurut Kamarudin, beliau sendiri telah pun menegur tindakan Azran yang disifatkan tidak menghormati sensitiviti masyarakat Melayu.

“Secara jujurnya, saya mewakili AirAsia telah pun mengutus surat mohon maaf kepada pengarang Kumpulan Utusan untuk meluahkan rasa hati dan kesal terhadap tindakan Azran yang di luar jangkaan itu,” ujarnya.

Ditanya mengenai tindakan yang diambil terhadap Azran, katanya, pihaknya masih memberi peluang kepada Azran yang telah pun menyedari mengenai kesilapannya itu.

“Azran sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X dan dinasihatkan supaya mengasingkan pendirian politik peribadi dengan tuntutan kerjanya,” ujarnya.



Petikan Mykmu.net

Sumber

Saturday, 9 November 2013

Laungan Azan : Kerajaan PR Selangor arah siasat surau !!




Shah Alam: Kerajaan negeri akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyiasat isu sebuah surau di Taman Tasik Prima, Puchong didakwa melaungkan azan terlalu kuat sehingga menimbulkan bantahan penduduk.

 Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu berkenaan dijangka dapat diselesaikan secara baik apabila kedua-dua pihak iaitu penduduk dan ahli jawatankuasa surau akan dipanggil untuk mengadakan perbincangan.

 Menurutnya, isu laungan azan ini sepatutnya tidak menjadi pertikaian antara mana-mana pihak kerana umum sedia maklum negara ini terdiri daripada berbilang kaum serta agama dan ia seharusnya diterima dengan hati terbuka.  

“Dari segi penerimaan (laungan azan) ini adalah sebahagian daripada budaya hidup. Jadi tiada isu yang terlalu besar.

Bagaimanapun, kita (kerajaan negeri) akan dengar rintihan mereka dan dapat mengatasinya dengan usaha bersama.  

“Masyarakat berbilang kaum mesti menghormati budaya dan agama antara satu sama lain. Perkara ini boleh diselesaikan oleh PBT saja,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Penghulu, Ketua Kampung, Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Selangor, di sini, semalam. 

Abdul Khalid juga mengakui setakat ini pihaknya tidak menerima bantahan daripada mana-mana pihak berhubung isu memperlahankan laungan azan.

Harian Metro semalam melaporkan seorang lelaki dilaporkan pergi ke surau berkenaan dalam keadaan marah ketika azan berkumandang di surau berkenaan kira-kira jam 7 malam, Ahad lalu.

Jemaah yang berada di pekarangan masjid enggan mempedulikannya dan berbincang sesama sendiri pendekatan yang perlu diambil sebelum mereka mengenal pasti lelaki berkenaan dan menunaikan solat Maghrib.


Komen GBP

Mengapa kerajaan PR hanya arahkan disiasat surau bukannya seorang lelaki gila yang memaki hamun dengan kata2 kesat kepada jemaaah di perkarangan masjid ?

Inilah akibatnya mengundi PR..Islam langsung tidak dibela sebaliknya ditekan lagi demi menjaga hati chauvinist.


Sumber

Andartu Naik Nafsu Dicabar Sebut Tempat & Waktu..!


Kali ini tiba giliran Teressa takde Cock pula dicabar..! Sahut ler cabaran ni…! bukak itu dan ini..! dedah sana dan sini..! PASTI..! tak cukup tanah kita semua lari..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bila andartu ultra kiasu naik nafsu

Ahli Parlimen andartu ultra kiasu menggunakan sepenuh-penuh peluang perbahasan bajet 2014 di parlimen, hampir 10 minit, dengan menghentam saya. Malang sekali, speaker membenarkannya pula.

Jika saya menjadi speaker, sudah lama andartu ini saya cilikan dari atas sampai bawah, kerana keluar tajuk membahaskan sesuatu isu dalam parlimen yang mulia itu. Apa punya wakil rakyat ini? Apa kaitan bajet 2014 dengan saya? Ohhh!  Baru saya sedar, saya ini celebriti popular walaupun bukan artis. Jangan dengki beb!

Berita ini disampaikan oleh rakan saya dan menjadi lebih sensasi apabila disiarkan oleh lama web ultra kiasu. Saya meluangkan waktu untuk mendengar ucapan andartu tersebut. Seronok melihat gelagatnya.

Malang sungguh andartu ini, hanya mendengar cerita dan maklumat daripada beberapa ekor pensyarah di universiti saya bekerja, iaitu profesor Cina/India ultra kiasu, yang juga berstatus andartu/ibu tunggal, sanggup membawa perkara ini ke parlimen.

Kasihan mereka. Sudah tidak ada kerja lain. Tidak dapat menewaskan hujah saya, maka peribadi yang diserang. Prinsip saya, saya tidak akan menyerang jika tidak diserang.Tetapi saya tidak akan menyerang tanpa tentangan, sebab saya ada ‘telur’.

Kepada pensyarah yang tidak ada telur itu, cuba-cubalah cari telur. Paling tidak, boleh juga digunakan untuk digolek-golekkan atas badan ketika keseorangan atau kekosongan. Inilah jawapan saya kepada ahli parlimen andartu tersebut dan kuncunya yang berada di tempat saya bekerja.

Bacul sungguh ultra kiasu. Mari berhadapan dengan saya jika ada ‘telur’. Tentukan masa dan tempat untuk kita berdebat. Tajuknya berkaitan hubungan etnik di Malaysia. Melalui debat itulah baru kita boleh mengetahui layak atau tidak saya mengajar subjek Hubungan Etnik, TITAS dan Kenegaraan Malaysia. 

Saya mempunyai ijazah pertama dalam bidang sains politik, sarjana pengajian strategi, PhD politik dan kerajaan serta diploma pengajian Islam. Adakah pensyarah yang mengajar kriminalogi layak mengajar di jabatan strategi, tetapi itulah yang berlaku. Maka, tidak mustahil pensyarah ultra kiasu ini memburuk-buruk negara apabila membentangkan kertas kerja di negara luar. Minta pihak tertentu cari bukti ini.  

Saya amat bimbang berapa ramai lagi pensyarah ultra kiasu yang mengajar subjek teras universiti meracun pemikiran pelajarnya dengan mengatakan negara ini bukan berasal daripada sistem kenegaraan Melayu. Begitu juga dengan sejarah Melayu Singapura. Sehingga ke hari ini umat Islam yang bersekolah dan bekerja dalam perkhidmatan awam di sana, tidak dibenarkan memakai tudung dalam tahahair sendiri. Inilah bahayanya apabila ultra kiasu memerintah negeri Melayu.

Saya hanya ketawa mendengar hujah ultra kiasu ini di parlimen. Ingatan saya, kalau sudah terlalu desperate, carilah suami. Mungkin orang PAS ada yang berminat andartu ultra kiasu itu, dengan syarat, masuklah Islam. Saya, jauh panggang dari api. Biar ‘busuk dalam seluar’ daripada ambil orang sebegini untuk dijadikan teman. Mereka ini adalah musuh yang amat merbahaya kepada agama, bangsa dan negara.

Satu lagi, saya cabar ultra kiasu itu, dedahkan nama, siapakah rakan sejawatan (pensyarah) dan pelajar yang menyampaikan maklumat ini kepada beliau. Jangan jadi penakut. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jangan buat tuduhan melulu. Nanti makan diri.

Jika berani mari kita berhujah. Tewaskan hujah saya. Bukan hentam peribadi saya. Ini kerja orang tidak bertamadun.

Saya harap umat Islam membuka mata melihat telatah dan gelagat ultra kiasu. Kerja sebagai wakil rakyat tidak dibuat, tetapi lebih kepada melakukan spy dan mencari kelemahan orang lain. Bimbang nanti orang lain spy ultra kiasu pulak, sebagaimana yang telah berlaku kepada salah seorang exco andartu Selangor, yang merupakan rakan baik andartu tersebut.

Saya masih ingat, ketika andartu ultra kiasu pertama kali memegang jawatan exco negeri Selangor. Perkara pertama yang ingin diucapkan dan dilakukan adalah mewujudkan bandaraya Cina di negeri Selangor.

Kenapa parti ultra kiasu ini terlalu kecinaan, sedangkan mereka mendakwa, ia adalah parti berbilang kaum?

Kenapa ultra kiasu mahu menjadi lebih Cina daripada Cina di negara China, sedangkan mereka duduk di Alam Melayu Nusantara? Rakan saya dari negeri China menggeleng-gelengkan kepala apabila mendapat tahu ultra kiasu berperangai sebegini. Mereka pun tidak secina ini. Mahukan bandar Cina, sekolah Cina, kampung Cina, semuanya cina, cina, cina. Di mana pula identiti Melayu dalam sebuah negara berteraskan sistem kenegaraan Melayu?

Pendirian saya jelas sejak dahulu lagi. Sebarang percubaan untuk mencinakan negara bermaruah ini akan saya tentang, kerana setiap bangsa yang Allah jadikan, ada negara bangsanya sendiri. Lebih-lebih lagi jika mereka menentang Islam dan hukum Islam dalam negara Islam atau menjadi musuh Islam.

Kenyataan pucuk pimpinan mereka baru-baru menjelaskan segala-galanya. Mereka tidak mahu lihat ada parti politik atau pertubuhan berasaskan agama dan juga bangsa. Saya yakin ia ditujukan secara khusus kepada orang Islam dan agama Islam, terutama PAS.

Kenapa tidak tujukan kepada Majlis Perundingan Agama Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan Toaism serta banyak lagi pertubuhan Cina dan pertubuhan lain berasaskan kaum yang ditubuhkan secara rasmi melebihi 10,000 buah. Semua persatuan ini ditubuhkan semata-mata untuk mempertahankan hak bangsa mereka? Kenapa tidak pula pertikaikan sistem pendidikan atau sekolah-sekolah Cina dan Tamil? Kenapa sasarannya hanya kepada Islam?

Bangun, bangunlah umat Islam, terutama  rakan sekutu ultra kiasu iaitu PAS. Keluarlah daripada pakatan ini. Berbincanglah dengan UMNO demi masa depan Islam.

Islam tidak akan subur berkembang selagi PAS berkawan dengan ultra kiasu. Mereka ini jahat, musuh dalam selimut. Walaupun mereka berkempen dan membawa bendera PAS dalam PRK dan PRU, itu bukan bermakna mereka cenderung atau mahukan Islam.

Mereka hanya mahukan undi PAS untuk berkuasa di beberapa buah negeri. Selepas mereka dapat negeri tersebut seperti Pulau Pinang, adakah PAS diberikan keutamaan?

Saya ingatkan setelah sekian lama berkawan dengan PAS, mereka akan insaf dan nampak keindahan Islam. Ini tidak, semakin lama berkawan dengan PAS dan PKR, semakin kuat menentang Islam. Apakah kita masih buta?

Akhirnya, saya juga mohon kerajaan memantau pensyarah-pensyarah ultra kiasu yang berada di IPTA. Mereka makan gaji kerajaan, dalam diam-diam mereka yang paling kuat menentang kerajaan dan membocorkan rahsia kerajaan.

Jika saya mengajar secara melampau atau pembersihan etnik, orang yang mula-mula tampil ke hadapan adalah pelajar saya, bukan pensyarah tersebut, kerana beliau tidak pernah berada dalam kelas ketika saya mengajar.

Saya cabar ultra kiasu ini, buktikan segala pertuduhan itu. Saya bersedia menghadapinya. Pada masa sama, bacalah buku hubungan etnik. Dalam silibus tersebut, diceritakan asal usul etnik lain yang datang ke alam Melayu. Takkan nak terus mengajar negara ini sudah lama berbilang kaum tanpa ada sejarahnya. Jika tidak tahu bertanya kepada yang pakar. Jangan jadi bebal.

Dalam silibus Hubungan Etnik juga mengajar kita memahami perlembagaan dan unsur-unsur tradisinya iaitu kedudukan Melayu dan bumiputera, bahasa Melayu, agama Islam dan raja-raja Melayu. Takkan nak suruh saya mengajar asal-usul bahasa Cina dan raja China di alam Melayu. Mana ada. Jangan jadi bebal.

Pendek kata, ultra kiasu selalu mahu memutar belitkan sejarah. Mereka mendesak kerajaan supaya mengkaji semula subjek sejarah. Mereka hanya mahukan sumbangan datuk nenek moyang mereka sahaja di ketengahkan. Sumbangan Melayu yang lebih menonjolkan dalam menegakkan kemerdekaan mahu didiamkan. Inilah bahayanya golongan ultra kiasu kepada pembinaan negara bangsa.  



Penganalisis Politik

Friday, 8 November 2013

Mana ‘telur’ kita?


(Sinar Harian 4 Nov 2013)

Sampai bila mahu Islam dihina oleh musuh-musuh Islam yang kita kenali? Mana ‘telur’ kita? Apakah kita sudah tidak ada ‘telur’ lagi disebabkan oleh kepentingan politik menutupi segala-galanya? Jika ahli politik sudah tidak ada ‘telur’, mohon Raja-Raja Melayu masuk campur tangan. Jika tidak, kita akan menyesal kemudian hari. Kita akan dikutuk oleh generasi akan datang

Kita terus melukut di tepi gantang. UMNO dan PAS sudah tidak boleh diharap. PKR kita tolak ketepi. Tidak ada menteri yang bercakap atau bangun mempertahankan soal penghinaan terhadap korban atau sembelihan di sekolah. Banyak lagi isu lain yang menyentuh sensitiviti agama Islam yang jelas-jelas termaktub dalam perlembagaan sebagai agama persekutuan, dihina dan dikeji? Apa kita buat? Kami sebagai rakyat, amat sedih, hiba dan sakit hati, bercampur geram. Kenapa kita begitu dayus? Inikah sifat seorang negarawan? Kita terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris.

Apakah memang benar sembelihan kurban dan mempertahankan kalimah Allah itu satu kesalahan? Katakan! Jangan membisu seribu bahasa. Berdosa. Sekadar ahli parlimen bercakap, masih tidak kuat. Apapun saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya YB Shahbudin Yahya, MP Tasek Gelugor.

Saya pelik, dekat pilihan raya sahaja sama ada umum (PRU) atau kecil (PRK), kita menjadi kecut. Kita tidak berani memberi komen penghinaan yang dilakukan. Malah kita beri apa yang mereka minta sebanyak-banyak. Nak kata mereka mengundi kita, tidak juga.

Saya amat bimbang dengan desakan cuti dua hari untuk perayaan minoriti diluluskan, sedangkan perayaan besar agama persekutuan seperti Hari Raya Kurban hanya diberikan satu hari sahaja. Bayangkan selepas ini, bangsa-bangsa minoriti pribumi Sabah Sarawak, yang mana mereka lebih berhak, turut menuntut cuti dan cuti tambahan hari kebesaran dan perayaan mereka. Maka berpestalah kita dengan cuti sepanjang tahun. Cuti-cuti Malaysia katanya. Ingatan saya, jangan jadi seperti bangsa Maori di New Zealand. Pribumi Maori merempat di tanahair sendiri, bila orang lain menguasai.

Penting sangatlah kerusi DUN Sg Limau sehingga kita sanggup serahkan segalanya. Jika UMNO tidak memenangi DUN Sg Limaupun, UMNO masih memerintah negeri Kedah. Tetapi jangan tawarkan bulan dan bintang. Sakit hati melihatnya. Saya tidak bantah peruntukan lebih RM2 juta diberikan kepada SJKC di Sg Limau.

Saya difahamkan peruntukan tersebut datang daripada wang cukai judi, arak dan sebagainya yang diharamkan dalam Islam. Tetapi itu bukan bermakna, wang tersebut hanya disalurkan ke situ sahaja. Masih ada tempat lain yang boleh disalurkan untuk kegunaan awam, walaupun sumber haram, seperti membina jambatan di Sabah Sarawak dan banyak lagi. SJKC sudah kaya raya di seluruh negara dengan kekuatan dan perpaduan NGO-NGO mereka. Tanya Dong Zong dan Jiao Zong. Buatlah audit.

Begitu juga dengan PAS. Jangan kerana marahkan UMNO dan kini sudah tidur sebilik dengan DAP dan PKR, kita turut menjadi penakut. Bersuaralah. Ini tidak, sikit sangat suaranya dalam isu sembelihan korban dan isu yang menyentuh maruah Islam. Isu kalimah Allah, janganlah cerita. Kepemimpinan pusat tidak membantah apa-apa, kecuali Harun Taib dan Harun Din. Kedua-dua Harun ini memang hebat dan sepatutnya memimpin PAS, bukan yang lain.

Saya sudah ulas isu kalimah Allah dalam tulisan yang lalu, tidak perlu diulang. Kalimah ini boleh digunakan mereka, jika tidak ada niat jahat. Tetapi saya tahu perancangan mereka, sebab dahulunya saya tidak bersunat. Saya pernah menjadi Kristian buat seketika.

Ingatan kepada PAS dan UMNO, jangan kerana dendam dan sudah mendapat kawan baharu, kita menjadi dayus seolah-olah tidak ada ‘telur’. Rakyat sudah bosan dengan permainan kedua-dua parti politik Melayu ini. Jika kedua parti politik tidak mengorak langkah untuk berbincang dan tegas pendirian berkaitan Islam, maka kerelevanan dipertikaikan.

Saya setuju dengan cadangan sudah sampai masa sebuah parti politik ditubuhkan menggantikan UMNO dan PAS sebagai alternatif kepada umat Islam, yang sedang hangat diperkatakan dalam laman sosial seperti face book hari ini.

Justeru, sudah sampai masanya sebuah parti politik baharu diwujudkan. Bukan menjenamakan semula parti BERJASA. Tetapi menubuhkan sebuah parti politik baharu. Saya yakin sambutannya menggalakkan.

Apa perlu dilakukan adalah dengan menggabungkan kepemimpinan NGO-NGO Islam yang lantang mempertahankan hak-hak Islam (Melayu). Antaranya adalah ISMA, PERKASA, JATI, MUAFAKAT, MACMA, ACCIN dan lain-lain lagi. Saya harap ia boleh dijadikan suatu realiti.

Kepemimpinan hari ini perlu ingat, bahawa kemenangan PRU13 sebelum ini adalah kerja keras semua NGO-NGO ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh DAP dan PKR tidak memerintah. Jika PAS yang memerintah, masih sedap hati ini. Ini tidak, PAS hanya berjaya mempertahankan Kelantan. Negeri lain, PAS seolah-olah melukut ditepi gantang. DAP dan PKR tidak mempercayai PAS.

Agenda Islam dan negara Islam ditentang habis-habisan. Dakwaan PAS bahawa DAP sudah lembut terhadap Islam, bersama-sama menggantung dan mengibarkan bendera PAS ketika pilihan raya, hanya lakonan palsu semata-mata.

Saya sudah lama menyarankan UMNO dan PAS berbincang demi masa depan Islam, tetapi PAS menolak mentah-mentah. Hujahnya mudah, UMNO tidak mahu Islam. PAS sanggup bersekongkolkan penentang Islam dari orang Islam sendiri. Makin kuat PAS mendekati DAP dan PKR, makin kuat mereka menentang Islam. Apakah ini bermakna mereka sudah lembut? Mereka tidak lembut. Lembutnya mereka untuk mempergunakan PAS.

Jika begitulah keadaannya, semua parti politik Islam Melayu sudah tidak ada ‘telur’, maka sudah sampai masanya sebuah parti Islam yang berani mempertahankan Islam (Melayu) ditubuhkan. Marilah sama-sama kita merealisasikannya. Kita perlukan parti politik yang benar-benar ada ‘telur’.

Posted by RIDHUAN TEE at 8:28 AM   

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...