
Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS
Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala
disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.
Ulasan
sedemikian yang dibuat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat bukanlah merupakan
kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang
hampir senada dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu.
Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian.
Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan
sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan
sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT.
Sebahagiannya pula suka melihat Tok Guru Nik Aziz lebih berperanan
sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan PAS tidak terkeluar
daripada landasan perjuangan antaranya mendaulatkan Islam dan
melaksanakan hudud.
Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz
itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam
samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan
oleh UMNO. Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak
menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang
lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan
menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada
semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong
PAS sendiri. Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan
komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu
menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran
mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.
Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak
perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang
penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang
sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan
sekadar momok-momokkan sahaja.
PAS sekarang ini bukanlah PAS
seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat
bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar
perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan
Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali
tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.
ReplyDeleteConnectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...
Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...
Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...
SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.
Baca selanjutnya...