Pages - Menu

Monday 18 February 2013

Isu Kalimah Allah- Hadi Awang Semakin Terdesak

Hadi-Awang-sakit-tenat




Setelah sekian lama, cuba sedaya upaya untuk mempertahkan Anwar Ibrahim dan DAP, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhir terpaksa akur dengan kehendak dan tuntutan akar umbi para pengikut parti itu. Hadi ketika memberikan ucapan di Kampung Banggol Peradong semalam berkata Pas berkemungkinan tidak akan meneruskan kerjasama bersama DAP dan PKR sekiranya ia merugikan Islam dan Melayu.

Walaupun ada segelintir pengikut Pas merasakan kenyataan itu adalah merupakan bukti ketegasan Pas dalam mempertahankan Islam dan polemik kalimah Allah, namun bila dilihat secara keseluruhan ia hanyalah merupakan satu kenyataan terdesak dan strategi ‘serampang dua mata’.

Ini kerana, Hadi ketika menyampaikan ucapan yang memakan masa hampir sejam di hadapan kira-kira 8 ribu orang itu, beliau langsung tidak membangkitkan mengenai isu kalimah Allah. Walhal isu tersebut adalah merupakan pencetus kepada kemarahan ahli dan penyokong parti tersebut yang mula bangkit dan mengambil tindakan drastik meninggalkan parti itu.

Di masa yang sama, Hadi yang diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan tersebut,  ketika sidang akhbar sejurus selepas program yang diadakan itu, mengatakan ketika ini tidak wujud sebarang isu yang merugikan Islam dan Melayu sehingga membolehkan Pas keluar dari pakatan pembangkang. Beliau turut mengatakan kerjasama politik yang diambil oleh Pas untuk bersama DAP dan PKR masih lagi dilihat memperjuang dan memperkasakan Islam dan Melayu.

Ramai di kalangan pemerhati politik melihat, dari satu segi Hadi cuba mententeramkan kemarahan di kalangan ahli parti, namun di masa yang sama beliau cuba untuk tidak menguris hati dan perasaan Anwar Ibrahim serta pimpinan di dalam DAP.

Walaupun demikian, penulis merasakan kenyataan tersebut secara signifikasinya ditujukan kepada kelompok dan golongan ulama di dalam Pas yang sebelum ini bertegas menolak gesaan yang dibuat oleh Guan Eng itu. Tambah mengejutkan dan membuat Hadi serba salah ialah, bila mana sebelum ini telah terdengar ura-ura mengenai kekecewaan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din yang dikatakan ingin keluar dari Pas.

Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ketika mengulas mengenai perkembangan tersebut mengatakan kenyataan tersebut boleh ditafsirkan sebagai usaha untuk memancing semula undi pengundi-pengundi Melayu Islam yang telah mula berpaling daripada Pas di kawasan-kawasan majoriti Melayu Islam di mana Pas dijangka meletakkan calon.

Beliau turut mengatakan kenyataan Presiden Pas itu tidak mempunyai kekuatan disebabkan telah terbukti sejak Pas menyertai pakatan pembangkang, idealisme perjuangan Pas hampir diketepikan sepenuhnya  atas keinginan yang melonjak untuk membawa Anwar ke Putrajaya.

Hampir dalam semua isu, baik yang kecil dan terpencil hinggalah yang besar  melibatkan aqidah dan syariah, Pas didapati tidak mempunyai kekuatan langsung untuk mempertahankan prinsip perjuangan asal parti tersebut iaitu mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

Kesimpulannya, Hadi telah mula sedar kenyataannya sebelum ini yang bersetuju dengan DAP dan PKR bagi membenarkan orang bukan Islam mengunakan kalimah Allah di dalam Bible akhirnya telah mula memakan diri. Namun untuk menarik kembali kenyataan itu, bukanlah satu perkara yang mudah.

Namun Hadi juga tidak sanggup untuk melihat Pas tersungkur di dalam pilihanraya umum yang akan datang, kerana ditolak oleh pengikut dan penyokong sendiri lantaran tidak berpuasa hati dengan pendirian Pas terhadap isu Islam dan Melayu.

Ini kerana, Hadi tahu mana-mana parti yang cuba mengetepikan kehendak dan suara akar umbi bakal berdepan dengan tindakan sabotaj bagi memberikan pengajaran kepada pimpinan. Yang mana akhirnya ia tetap akan merugikan Pas secara keseluruhan, kerana sekiranya Pas tidak mampu memberikan sumbangan kerusi parti untuk pakatan pembangakng. Parti itu tetap akan diketepikan oleh DAP dan Pas.

Tambahan pula, telah terbukti sebelum ini Pas walaupun mempunyai beberapa kerusi, baik di Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri, parti itu tetap diberi layanan kelas kedua dan hanya dijadikan kuda tunggangan semata-mata.

Sumber : Klik Sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...