Pages - Menu

Sunday 7 April 2013

SOLAT ORANG UMNO TIDAK MENDAPAT PAHALA?



Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.

Ulasan sedemikian yang dibuat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir senada dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu.

Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT. Sebahagiannya pula suka melihat Tok Guru Nik Aziz lebih berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan PAS tidak terkeluar daripada landasan perjuangan antaranya mendaulatkan Islam dan melaksanakan hudud.

Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri. Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.

Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.

PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...